Tuesday, 13 February 2018

Kesan Akibat Sering "Tahan Sakit" Supaya Dapat Kelegaan Segera...

Suatu perkara yang pernah berlaku kepada Arwah Ayah Mertua saya dahulu,

Iaitu, beberapa tahun sebelum Arwah meninggal, saya dapat lihat, yang Arwah terpaksa berhadapan dengan Penyakit yang pelbagai, ketika usianya 65 tahun,

Jantung, Buah Pinggang, Hati, Gout, Arthritis, Kencing Manis, Darah Tinggi, Kulit & lain-lain,

Ia bermula, apabila pada usia muda, Arwah menghidap masalah Gout, 

Isu Gout ni, umum tahu, ia berpunca daripada kandungan 'Uric Acid' yang tinggi di dalam darah & sistem badan,

Cuma, mungkin waktu tu, Arwah tiada pilihan lain, hanya pergi Hospital & dibekalkan dengan 'Ubat Tahan Sakit' supaya sakit yang dialaminya tu hilang atau rasa LEGA, dah lega, senanglah nak buat kerja, kalau tak lega, satu apa kerja pun tak jadi kan?

Akhirnya, semakin DITAHAN-TAHAN sakit tu, dengan hanya bergantung dengan Ubatan sebab nak guna banyak masa untuk bekerja, ia telah memakan diri sendiri, bilamana 'Penyakit Sebenar' telah muncul bak air bah banjir yang melimpah,

(Saya pernah tulis DI SINI berkenaan akibat, apabila kita selalu TAHAN SAKIT kita semata-mata untuk mendapatkan kelegaan segera)

Sampaikan sistem badan Arwah, tak mampu lagi untuk menerima apa-apa Ubat dek kerana Sistem Buah Pinggang telah pun rosak,

Nak ceritanya, itu dulu, mungkin orang tua-tua kita dahulu tak tahu apa-apa, kerana tak dapat apa-apa pendedahan,

Zaman telah berubah...

Hari ni, saya rasa, MAJORITI individu, samaada di dalam @ luar negara, tak boleh menafikan kesan & akibat daripada mengamalkan 'Ubat Tahan Sakit',


Tak salahkan sesiapa, itu semua PILIHAN SENDIRI, cuma, apa yang berlaku di hadapan kita, pasti ada sesuatu yang boleh kita jadikan tauladan & pedoman,

Ada banyak cara hari ini untuk mengatasi masalah kandungan 'Uric Acid' yang tinggi di dalam badan @ apa jua isu Penyakit pada hari,

Asalkan dalam HATI kita ada kepercayaan yang teguh bahawa 'Setiap Penyakit PASTI Ada Ubat Melainkan MATI'

Namun, sikap seperti :

1. Nak segera pulih
2. Malas jumpa Dr., malas berubat
3. Pentingkan diri sendiri 
4. Leka & lalai dengan kerja banyak
5. Kedekut masa & wang untuk rawat Penyakit
6. Ego & buat-buat pandai
7. Bodoh sombong 
8. Bertangguh-tangguh
9. Tak sabar & sebagainya

Pada saya, itulah punca kepada segala Penyakit, di mana ia banyak terkait dengan SIKAP seseorang individu bila berhadapan dengan sesuatu ujian & dugaan,

Allah dah tunjuk 'Signal Sakit', tapi, kita masih lagi buat 'Dont Know',

(Apa itu 'Signal Sakit'? Boleh baca DI SINI)

Ada seorang Pengguna Terapi Anion, berbangsa Cina yang bernama Mr.Lee, beliau dah guna Mesin Terapi Anion sejak 7 tahun yang lalu,

Baru-baru ini, beliau datang jumpa Dr.Ridhuan Hoe untuk upgrage Mesin Terapi beliau kepada 'Twin' (Boleh pakai 2 orang), kerana, 7 tahun yang lalu beliau hanya guna yang 'Single' sahaja,

Lepas upgrade, beliau kata nak beli satu lagi Mesin Terapi Anion, Dr. Ridhuan Hoe tegur : "You nak beli lagi buat apa? Dah upgrade 'Twin', boleh pakai 2 orang, buat apa mahu buang duit lagi...?"

Mr.Lee jawab : "You kata buang duit? Mari saya cerita sama You, dulu sebelum saya pakai ini Mesin, saya dah buat 3 kali operation, kos nya puluhan ribu, saya ada Kencing Manis, Darah Tinggi, Jantung, Kanser pun ada, sekarang, saya dah sihat, dah takda sakit, demam pun susah datang, Bisnes pun boleh untung banyak, ini macam kalau saya mahu hidup 100 tahun pun boleh maaa..."

(Itu gaya bahasa orang Cina macam Mr.Lee)

Pada kita sebagai Muslim, mati tu datang tak pilih tempat, tanpa pilih keadaan, umur & sebagainya, cuma, tubuh badan kita adalah AMANAH yang perlu dijaga & dipelihara sebaiknya, 

Takda orang yang nak sakit, sebolehnya kita nak sihat, namun, apa boleh buat? Kita tak boleh kawal keadaan luaran kita, yang kita boleh kawal hanyalah DIRI SENDIRI sahaja,

Dalam hal kesihatan, Dr.Ridhuan Hoe selalu sebut : "Punca kepada kewujudan segala jenis Penyakit hari ini, adalah kerana SISTEM BADAN manusia TIDAK MAMPU untuk merawat Penyakit sendiri & TIADA TENAGA untuk melawan serangan Penyakit..."

Jika kita tak percaya dengan kenyataan di atas, kita boleh perhatikan keadaan sekeliling kita, betapa banyak & pelbagainya kewujudan Penyakit hari ini, yang sehingga kini tidak ketahuan PUNCA SEBENAR isu Penyakit tersebut timbul,

P/s : Ibarat orang berniaga, ada yang kata susah berniaga sebab EKONOMI DUNIA teruk, apa boleh buat? Kita tak boleh kawal ekonomi dunia, yang kita boleh kawal EKONOMI SENDIRI sahaja, bijak cari duit & bijak menguruskan duit, itu sahaja yang kita mampu buat.

Thursday, 8 February 2018

Bagaimana Cara Untuk STOP Penyakit Keturunan?

Biasa tak kita tengok individu yang pada waktu usia mudanya, bila datang rasa sakit-sakit, dia hanya depend pada ubat-ubatan (kimia @ tak kimia), supaya rasa sakitnya kurang ataupun lega?

Kalau tak dilegakan, memang tak boleh nak buat kerja jadinya, biasa tengok?

Baik, kalau Anda biasa tengok, saya just nak share KISAH BENAR!

Dan saya tak tahu nak cerita tentang orang lain, jadi, saya cuba kongsikan cerita sendiri,

Dari saya muda remaja, sehinggalah sekarang dah masuk 3 series, saya mengalami beberapa situasi yang tidak ketahuan puncanya,

1. Dada saya agak tinggi 

2. Jantung saya berdegup pantas

3. Terlebih-lebih berpeluh

4. Nafas saya berbunyi agak kuat

5. Cepat mengah

Kelima-lima situasi di atas saya telah lalui sejak zaman sekolah lagi, walau dulu kurus & sekarang berat badan menaik, keempat-empat situasi tersebut tetap saya alami,

Sebenarnya, bukan, saya tak pernah buat check up dengan Klinik mahupun Hospital, cuma, kata Pegawai Perubatan, situasi tersebut biasa & mereka tak nampak apa-apa isu yang patut dibimbangkan,

Bila kata normal, kita pun takda la dah nak pergi buat check up lagi,

Sehinggalah bila saya dah berkahwin, dapat anak sorang, iaitu Muhammad Uwais Ukasyah, saya perhati, Uwais juga berhadapan dengan situasi seperti di atas,

Dan yang lebih menyedihkan lagi waktu tu adalah, Uwais mengalami isu 'Global Delay Development (GDD)' @ 'Cerebral Palsy' (Kata Pakar Perubatan Prince Court Medical Centre)

(Sedikit cerita tentang Uwais, saya pernah tulis DI SINI)


Cuma, itu cerita Uwais yang dahulu, sekarang dah lain tau, Alhamdulillah! ;)


Doakan nanti, saya dapat tulis kronologi tentang Uwais sejak mula lahir, bagaimana kami boleh kesan isu yang berlaku kepada Uwais & sehingga sekarang Uwais semakin pulih, doakan ya, setakat ni belum ada kesempatan lagi,

Baik, sejak daripada itu, saya mula faham, bahawa...

Air sungai jika ditahan dengan batu @ empangan, ia akan keluar melimpah juga bila tiba masanya, bahkan mungkin air sungai yang melimpah tu boleh mengakibatkan banjir besar!

Betul?

Pada saya, sakit yang menimpa kita juga begitu...

Bila tak dirawat PUNCA nya, kita 'syok' amalkan 'Ubat Tahan Sakit', sebab, nak sihat cepat, senang nak buat kerja, tak perlu ambil 'MC' sebab banyak kerja nak kena buat di pejabat & sebagainya, sampai masa 'Penyakit Sebenar' tesebut akan keluar juga,

Mungkin tak kena pada kita, tapi, terkena kepada keturunan kita,

Dan kebiasaannya, ia datang dalam keadaan 2 kali ganda lebih kronik (Mudah-mudahan Allah elakkan, In Shaa Allah)

Contoh, bila sering rasa mengantuk, kita pun bancuh Kopi pekat-pekat & minum, terus hilang ngantuk kan? 

Ini kira 'Ubat Tahan Sakit' juga pada saya, sedangkan mengantuk di luar kebiasaan tu, menandakan sistem badan tengah bagi 'Signal Sakit' bahawa badan kita kekurangan Oksigen,

Sebab sibuk, banyak kerja nak buat, kita pun ambil JALAN PINTAS dengan hanya minum Kopi kaw-kaw untuk lega,

Biasa buat? ELAKKAN!

Kadang, kita ni, bila anak berhadapan dengan apa-apa isu, kita hanya lihat kepada isu ANAK kita sahaja tanpa pernah lihat, siapakah PEMBAWA kepada isu tersebut?

Pernah tak kita cuba check & rawat PEMBAWA isu kepada Anak tu?

Begitulah yang berlaku kepada kami,

Dan inilah yang dinamakan sebagai PENYAKIT KETURUNAN,


Selagi Ibu & Ayah tak cuba rawat Penyakit & Isu sendiri, ia akan diturunkan kepada generasi keturunannya,

Adakah ada solusi supaya isu Penyakit Keturunan dihentikan?

Ya, ada!

Iaitu, Ibu & Ayah perlu rawat isu Penyakit mereka terlebih dahulu, jangan duk sibuk & leka rawat Penyakit Anak sahaja,

Contoh, jika Anak pertama ada isu, bermakna Ibu & Ayah juga ada isu, Atuk & Nenek juga ada isu,

Bilamana isu Ibu & Ayah dirawat dengan sebaiknya, Anak ke-2, ke-3, ke-4 & seterusnya akan berpotensi besar untuk dilahirkan dalam keadaan sihat & walafiat tanpa ancaman Penyakit yang pelbagai, In shaa Allah,

Dan, sekarang, Alhamdulillah, daripada kelima-lima isu yang saya hadapi sejak zaman sekolah dahulu, isu nafas berbunyi kuat & cepat mengah semakin berkurangan, yang lain itu masih dalam proses pemulihan :)

Uwais pula, dadanya telah kembali normal (tak tinggi seperti waktu lahir) & isu kesihatannya juga semakin pulih, Alhamdulillah, In shaa Allah,

Dr.Ridhuan Hoe juga cakap, kelima-lima situasi yang saya alami di atas tu, PUNCA nya adalah kerana Jantung, Hati, Peparu kurang berfungsi dengan baik,

Bila situasi tersebut semakin berkurang, ia menandakan Jantung, Hati & Peparu semakin pulih serta sedang berfungsi dengan baik, In shaa Allah, Alhamdulillah...

Jom sama-sama STOP isu Penyakit Keturunan, lahirkan generasi yang sihat walafiat, In shaa Allah,


Ujian & dugaan tetap ada, sama ada kita mahu biarkan sahaja @ berusaha untuk mengatasinya, ia adalah 2 perkara yang berbeza,

Kata orang Kampung saya : "Tough Time Never LAST, But, Tough People DO!" ;)


Sunday, 28 January 2018

"Bagai Mati Hidup Semula Selepas Chemo 24 Kali!

"Mati tu memang kita akan mati, takda orang yang tak mati, cuma, kalau boleh, taknaklah kita ni 'pergi' dalam keadaan badan kita kena tebuk sana, tebuk sini, wayar sana, wayar sini..." - Kata Pn.Nora bila saya minta beliau ceritakan sedikit tentang pengalaman beliau menjaga Suaminya yang diserang Kanser Usus,

Saya tanya pada En.Fuad (Suami Pn.Nora) : "Masa mula kena Kanser Usus tahun lepas, macam mana keadaan Abg? Sakit ke...?"


Beliau jawab : "Waktu tu takda rasa sakit, sebab, mulanya, saya buat Check Up dengan sebuah Hospital Swasta, dorang check full, sebab boleh claim kan, waktu tu, Jantung ok, Darah ok, Buah Pinggang ok, Gula ok, semua ok Alhamdulillah...

Cuma, lepas check up tu, Hospital call, minta saya datang, katanya Dr. nak jumpa, saya pun just tanya nak jumpa buat apa? Sebab saya baru je check up & semuanya baik, Alhamdulillah,

Tapi, dorang minta saya datang juga jumpa Dr, penting katanya..."

Beliau cerita, Dr. ada nampak ada signal pada "Cancer Marker" waktu beliau buat full check up beberapa minggu sebelum tu,

Dr. di Hospital tersebut menasihati beliau untuk merujuk kepada Pakar di HUKM,

Dan waktu ke HUKM, Pakar mengesahkan terdapat Sel Kanser pada Usus beliau & En.Fuad disarankan untuk membuat Pembedahan bagi membuang Sel Kanser pada Ususnya,

Dalam duk seronok bersembang tu, saya tanya En.Fuad : "Waktu sebelum Operation tu, ada rasa sakit ke? Tak sihat ke?"

Saya tanya begitu, sebab, kami faham SISTEM BADAN manusia sentiasa akan bagi 'Signal Sakit' & menariknya ia takkan TIPU! (Anda boleh memahami berkenaan 'Signal Sakit' DI SINI)

Beliau jawab : "Takda sakit juga, cuma, saya just ikut nasihat Pakar..."

"Lepas tu apa jadi...?" - Saya tanya lagi

"Operation pun berjalan untuk membuang Sel Kanser di Ususnya & tak lama selepas pembedahan itu, mereka sahkan pula bahawa Sel Kanser tersebut telah merebak ke Hati & waktu tersebut, saya dinasihatkan untuk buat Chemotherapy bagi membunuh Sel Kanser tersebut & saya just follow apa yang Pakar kata..." - Cerita En.Fuad

Dan seterusnya, cerita yang sangat panjang, dugaan demi dugaan & ujian demi ujian yang berat hanya mereka Suami Isteri sahaja yang tahu, 

Saya hanya tahu, En.Fuad telah menjalani rawatan Chemotherapy sebanyak 24 kali & seterusnya, Hospital tak mampu buat apa-apa lagi, beliau diminta discharge & pulang ke rumah dalam keadaan badannya terasa tersangat lemah, kesan daripada rawatan Chemo yang dijalaninya,

Waktu itulah, Isterinya Kak Nora, telah buat keputusan untuk mencuba rawatan alternatif & selepas membuat carian di 'Google' tentang Aculife, cerita hidup mereka telah berubah 360 darjah dalam tempoh lebih 10 hari selepas mencuba rawatan Terapi Anion, Alhamdulillah, Izin Allah!

Kata Pn.Nora dengan wajah yang penuh ceria : "Sangat puas hati tengok perubahan dia (Suami), dulu bacaan Gulanya berbelas-belas, tengah malam, tak henti bangun tidur pergi buang air, selepas lebih 10 hari Therapy tu, Alhamdulillah, bacaan gulanya sangat bagus iaitu 7.2, tak pernah dapat bacaan rendah macam tu sebelum ni, badannya pun nampak bertenaga, dulu lemah & seluruh badan jadi menguning..." 

(Badan menguning adalah 'Signal Sakit' kepada fungsi HATI, hati semakin lemah / drop)

Apa yang berlaku kepada En.Fuad melalui pemahaman kami adalah kerana ramai orang tidak cuba memahami, bahawa Sel Kanser BUKAN Penyakit, ia hanyalah SEL & kehidupan SEL adalah seperti kehidupan setiap hidupan lain,

(Baca DI SINI sekiranya Anda mahu memahami tentang kehidupan Sel Baik vs Sel Jahat)

Seterusnya, selepas lebih 10 hari menjalani rawatan Therapy Anion di Centre, mereka buat keputusan untuk menggunakan Mesin Therapy Anion secara berterusan,

Hal pemasangan Mesin ni, Dr.Ridhuan Hoe memang sebolehnya akan turun hantar, pasang & demo terus, nak pasang tak susah, cuma, ada beberapa perkara yang diperlukan bagi memastikan Mesin Therapy Anion dapat digunakan dengan baik oleh Pengguna supaya Pengguna dapat hasil yang efektif,


Sebagai seorang Dr. yang pernah diserang Kanser 20 tahun yang lalu, dalam apa jua keadaan Dr.Ridhuan Hoe & Dr.Zah tetap meneruskan tanggungjawab mereka untuk membantu Pesakit mereka dalam apa jua keadaan,

Walau dalam keadaan hujan lebat, selagi tak selesai pasang, Dr.Ridhuan Hoe takkan keluar daripada rumah Pesakitnya,

Selalu saya cakap pada orang : "Dr.Ridhuan Hoe bukan 'Orang Bisnes', beliau seorang 'Doktor', apa pun jadi 'Patient First'..."


(Keadaan Banjir selepas selesai urusan pemasangan di rumah En.Fuad)

Apapun, kami semua, tumpang gembira dengan perubahan yang telah dikecapi oleh En.Fuad, kami harap beliau akan terus kembali pulih seperti sediakala,


Kata Pn.Nora di akhir perbualan kami : "Mula Abang kena Kanser tu, kita pun tak tahu nak kata apa, menung jugalah memikirkannya, yelah, kita fikir dalam usia beginilah kami nak seronok-seronok, dulu waktu kerja dah sibuk kerja, sibuk dengan anak, ini bila dah quit kerja, anak dah besar, Abang pulak kena Kanser, memang tak sangka, cuma, syukur sangat Alhamdulillah, bila tengok Abang makin sihat, makin pulih selepas Therapy ni..."

Kanser BUKAN Penyakit! Jangan 'Ganggu' mereka sekiranya Anda tidak mahu DIGANGGU!

P/s : Jawapan kepada persoalan ASAS tentang faktor kemunculan pelbagai PENYAKIT MODEN hari ini, boleh baca DI SINI


Tuesday, 16 January 2018

Mengesan Penyakit Pada Peringkat Paling Awal...

Baru-baru ni Dr.Ridhuan Hoe ada tunjuk pada saya Iklan sebuah Surat Khabar Chinese...

(Tak sempat nak snap gambar)

Lagipun Bahasa Cina, saya pun tak faham...

Dr.Ridhuan Hoe kata : "Ini Dr. buat servis periksa NADI, ini Dr. dah popular di kalangan masyarakat Chinese..."

Saya jawab : "Ohhh yeke, berapa dia punya Caj Doc...?"

"Sini takda tulis, biasanya ribu-ribu lah cajnya..." - Dr.Ridhuan Hoe

Ramai orang sebangsa dengannya, sanggup bayar Dr. tu untuk melakukan pemeriksaan NADI bagi tujuan mengesan Penyakit,

Umum tahu, bangsa Cina ni, mereka kuat bekerja bagi menampung kehidupan mereka, pagi petang siang malam mereka sanggup bekerja,

Jadi, memang mereka sanggup keluar duit untuk ambil servis macam periksa NADI ni, sebab, pada mereka, kalau tak sanggup keluar duit sekarang untuk kesan Penyakit, apa akan jadi pada kehidupan mereka, kalau dah sakit? Siapa nak keluar bekerja cari wang? Siapa nak jaga Bisnes mereka? 

Apa guna claim Insurans, tapi, duit Insurans tu pun bukan mereka yang pakai? Camna nak enjoy?

(Mungkin itu semua persepsi mereka sebagai Bangsa yang kuat & rajin bekerja)

Untuk kita, sebagai orang Islam pun sama, tetap perlu jaga kesihatan,

Cuma, SIKAP yang biasa untuk Bangsa Melayu, adalah - "Sudah Terhantuk Baru Tergadah..."

Kalau tak, takkanlah orang tua-tua dulu cipta peribahasa macam tu kan?

Ibarat bila pakai Kereta, 

Saya tengok orang macam Dr.Ridhuan Hoe ni jenis KEDEKUT, oleh sebab kedekut, saya tengok dia jaga betul-betul Kereta dia, bila ada bunyi sikit-sikit, dia terus pergi hantar Bengkel untuk check,

Dr. pernah kata : "You tak pergi Bengkel sekarang, bila ada bunyi sikit-sikit macam ni, nanti, dah rosak betul-betul, lagi banyak wang you mahu pakai tau..."

(Dalam hati saya cakap : "Yelah, betul lah tu...")

Sama juga,

Sistem badan seseorang tetap akan sentiasa bagi 'Signal Sakit' & ia takkan TIPU,

Contohnya, baru ni ada seorang Sahabat saya yang minta tolong saya bawa beliau jumpa Dr.Ridhuan Hoe,

Beliau pelik, sebab, hampir 2 minggu kepala beliau pening macam rasa nak pitam, perut rasa mual tanpa henti, makan jadi tak selera & kawan sekeliling pun tegur badannya susut,

Awalnya beliau suspek dirinya terkena 'buatan orang', sebab, dah pergi buat Medical Check Up kepada 4 Klinik, siap ambil pakej check up yang Platinum lagi katanya (Ini pakej check up yang paling mahal),

Namun, semua OK, Darah, Jantung, Hati, Buah Pinggang & semuanya sihat serta berada dalam keadaan yang baik,

Tapi, yang peliknya, Kepala & Perut still sakit,

Saya kata pada beliau : "Mungkin betul ada gangguan (buatan orang), cuma, hang kena buat jugak check up dengan cara kaedah lain, isunya, mungkin Klinik tak dapat kesan, kaedah lain mungkin dapat kesan, cubalah jumpa Dr.Ridhuan Hoe, check hang punya NADI..."

Lepas jumpa Dr.Ridhuan Hoe, check NADI & buat sedikit rawatan, memang lega rasa sakit perut & kepala kawan saya tu & memang ada isu yang agak serius selepas Dr.Ridhuan Hoe check NADI beliau,

Alhamdulillah, dapat kesan di peringkat awal & terus buat rawatan, In Shaa Allah.

(Kita rasa mengantuk, keletihan, kejang kaki, kebas tangan & kaki serta banyak lagi, itu semua 'Signal Sakit', tak pergi check segera, jangan hairan andai kata terjatuh sakit, kita terpaksa keluar lebih banyak kos untuk rawatan)

Di Malaysia ni, saya hanya baru tahu tentang kaedah pemeriksaan NADI selepas berjumpa dengan Dr.Ridhuan Hoe & Dr. cakap : "Ribu-ribu tahun dah orang Cina guna kaedah ini untuk trace Penyakit, dulu mana ada apa-apa Mesin, ini NADI takkan boleh tipu punya, kalau ada isu, itu NADI akan bagitahu..."


Cuma, agak sedih sikit bila baru-baru ni Dr.Ridhuan Hoe ada sebut, Hospital Besar Taiwan dah tahu beliau dah pulih & sihat daripada Kansernya & Hospital mahu panggil semula Dr. untuk berkhidmat semula di sana sebagai Pakar NADI,

Kerana, Hospital Besar Taiwan telah kekurangan Pakar NADI yang mahir & arif dalam mengesan Penyakit secara tepat pada peringkat paling awal,

Sekarang ni, Hospital sana masih menunggu keputusan daripada Dr.Ridhuan Hoe,

Saya sendiri tak tahu nak kata apa, pada saya, orang macam Dr.Ridhuan Hoe ni memang perlu ada di mana-mana Hospital di seluruh Negara, namun, saya juga faham, atas 'kepentingan' pihak tertentu, orang macam Dr.Ridhuan Hoe juga tak perlu ada di mana-mana Hospital di seluruh Negara,

P/s : Saya kata pada Dr.Ridhuan Hoe, kalau rasa nak balik sana, tolong ajar saya dulu, beliau jawab : "Saya lebih mahu ke Indonesia...".


Wednesday, 10 January 2018

Rawat Penyakit Dengan Cara Merawat PUNCA Penyakit...

Dunia perubatan konvensional hari ini, terus menemui jalan buntu untuk menyelesaikan segala isu penyakit yang melanda masyarakat kini,

Masih saya ingat, waktu Arwah Ayah Mertua saya masih hidup, saya pernah tanya satu soalan kepada Ayah : "Dulu masa mula-mula Ayah jejakkan kaki ke Hospital, Ayah sakit apa ya...?"

Ayah jawab : "20-30 tahun dulu lah, sakit Gout je, Dr. bagi UBAT, Ayah makan, tahanlah sakit, boleh lah buat kerja, yang peliknya tu, tak lama lepas tu, keluar Penyakit lain pulak..."

Saya tanya soalan begitu pada Ayah, sebab, saya tengok Ayah dilanda pelbagai Penyakit,

Gout, Kencing Manis, Darah Tinggi, Arthritis, Jantung, Buah Pinggang & sebagainya, 

Bahasa lainnya, 'Complete Set' lah sakitnya!

Sebelum Arwah Ayah meninggal, Ayah dimasukkan ke Hospital,

Suatu hari tu, Isteri saya yang juga seorang Jururawat, menemankan Ayah di wad,

(Kami cuti & balik Kampung)

Pagi tu, ada seorang Dr. praktikal melawat Ayah di katil & tanpa bertanya samaada Ayah telah sarapan @ tidak, Dr. terus nak bagi 10 biji Ubat untuk Ayah makan pagi tu,

Isteri saya saja tanya : "Ubat apa ya Doc ni...?"

Dr. jawab : "Ini Ubat untuk Kencing Manis Ayah Puan..."

Isteri kata : "Banyaknya Doc, Ayah saya mana boleh makan Ubat sebanyak ni, Buah Pinggangnya dah rosak..."

Dr. jawab : "Saya tahu tu, tapi, ini Ubat untuk Kencing Manis..."

Isteri : "Ya, tahu, tapi, macam mana nak makan Ubat sebanyak ni? Dr. kena faham Buah Pinggang Ayah saya dah rosak, tak boleh terima Ubat lagi..."

(Nak bantu rawat satu Penyakit, namun, beri kesan pula untuk Penyakit yang lain)

Dr. tersebut BUNTU & terus berlalu pergi daripada katil Ayah,

Kami tak salahkan Dr. tu, beliau hanya menjalankan tugasnya,

Cuma, yang saya cuba nak cerita adalah, apa jua masalah, akan terus menemui JALAN BUNTU sekiranya kita tidak kembali kepada usaha untuk fokus merawat kepada PUNCA masalah...

Dr. Ridhuan Hoe selalu sebut : "Punca kepada Penyakit yang melanda Manusia hari ini, adalah kerana SISTEM BADAN Manusia TIDAK MAMPU & TIADA TENAGA untuk merawat & melawan serangan Penyakit..."

Jadi, bila kita faham, itu PUNCAnya, kenapa kita tidak cuba untuk menyiapkan SISTEM BADAN kita untuk MAMPU & BERTENAGA merawat & melawan serangan Penyakit?

(Ini yang akan berlaku selepas melalui rawatan Therapy Anion)

Semudah itu sahaja?

Ya, saya juga asalnya tidak percaya, namun, bila kena pada anak saya sendiri si Uwais, saya mula faham, Sistem Badan kita sangat ARIF & PANDAI dalam merawat Penyakit kita sendiri, bahkan, sangat KEBAL dalam melawan serangan Penyakit, dengan Izin Allah!

Dan 20 tahun lalu, sebagai Dr. perubatan yang berkhidmat selama 40 tahun di Hospital Besar Taiwan, Dr.Ridhuan Hoe juga tak percaya, namun, selepas diserang Kanser Hidung, ia telah mengubah kepercayaan beliau, daripada menggunakan UBAT kepada 'menggunakan' SISTEM BADAN sendiri untuk merawat Sel Kansernya dahulu,


(Boleh baca tentang latar belakang Dr.Ridhuan Hoe DI SINI)

Pada saya, beliau lebih struggle untuk mengubah kepercayaan beliau, sebab?

Beliau dah belajar & amalkan cara perubatan konvensional selama 40 tahun di Hospital Besar Taiwan, namun, segalanya berubah sejak beliau diserang Kanser Hidung 20 tahun yang lalu...

P/s : Mungkin cerita Anda tak sama dengan cerita saya, namun, kesemua yang saya ceritakan di dalam entri ini, bahkan untuk seluruh entri di dalam blog ini, hanya semata-mata melalui PENGALAMAN SENDIRI, semoga bermanfaat, In Shaa Allah...


Tuesday, 9 January 2018

PUNCA Isu Anak Autisme...

2 tahun lepas, saya ada attend bengkel 'Merawat Demam Secara Semulajadi' yang disampaikan oleh seorang Dr.Naturopathy di Shah Alam

Actually, Dr.Naturopathy ni jugaklah yang telah membantu anak saya si Uwais Ukasyah, itupun selepas puas guna cara konvensional & tak nampak hasil serta tak tahu apa PUNCA penyakit yang melanda Uwais sejak lahir sampai umurnya 2 tahun,

Kemuncaknya bila pergi Prince Court Medical Centre, Dr.Pakar sana kata : "Untuk isu Uwais ini (GDD - Global Delay Development / Cerebral Palsy), tiada lagi Ubat yang ditemui di seluruh Dunia setakat ini untuk isu Uwais, Ibu & Ayah mungkin boleh guna cara lain (Alternatif), mungkin ada yang boleh membantu..."

Sejak dari itu, saya memang tak pernah lagi berulang alik ke Hospital untuk isu Uwais, sebab, Dr. pun dah kata takda Ubat melalui kaedah konvensional, so, terus buka minda untuk cari kaedah rawatan lain,

Suatu hari tu, saya & wife dicadangkan oleh seorang kawan wife untuk ke Shah Alam, buat rawatan terapi untuk Uwais & hasilnya nampak positif,

(Tak boleh nak mula cerita tentang Uwais Ukasyah, nanti panjang ceritanya) :)

Berbalik kepada Bengkel yang saya & isteri hadir tu, saya ada tanya satu soalan kepada Dr.N.Jareah Mahmood tu (Kami panggil  Kak Eja sahaja),

Saya tanya : "Kak Eja, apa PUNCA terjadinya Autisme untuk sesetengah Anak? Ada sesetengah Ibu Ayah, bila anak kena Austisme, mereka seolah-olah 'Ok' sahaja, sebab mereka kata, kira baguslah Autisme, nanti besar boleh jadi macam Bill Gates, Richard Bransons & seumpamanya, betul ke mind set begini Kak Eja...?"


Kak Eja jawab : "PUNCA kepada Autisme jika ikut kaedah therapy saya, adalah kerana bekalan OKSIGEN yang sampai kepada Otak anak tersebut TIDAK BALANCE, berlaku keadaan di mana Otak Kanan lebih banyak menerima Oksigen berbanding Otak Kiri, keadaan tersebut menyebabkan EMOSI anak tersebut menjadi tidak normal @ tidak stabil,

Jadi, melalui kaedah therapy yang kami buat ni, akan membantu bekalan Oksigen sampai dengan seimbang kepada Otak Kiri dengan Otak Kanan...In Shaa Allah...

Berkenaan tentang tanggapan sesetengah Ibu Bapa, bahawa anak Autisme ini akan menjadi seorang yang Bijak, Berjaya & sebagainya, 

YA, tak dinafikan, banyak di kalangan mereka tergolong di kalangan orang yang berjaya, namun, itu adalah ANUGERAH, rawatan therapy tetap diperlukan supaya membantu mengstabilkan EMOSI anak Autisme ini,

Kerana, jika tidak melalui rawatan therapy sebagaimana yang kami sedang lakukan, maka, kita dapat lihat di kalangan anak Autisme, bila mana mereka meningkat dewasa, mereka cenderung untuk menjadi Pembuli, bersikap Pentingkan Diri Sendiri, Panas Baran, Pendiam, Tidak Bersosial, Pendendam, Cakap Lepas, Melawan Kata & sebagainya,

Pada saya, tak guna juga jika anak Autisme menjadi seorang yang Kaya, Berjaya, namun, mempunyai SIKAP demikian, jadi, rawatan therapy untuk seimbangkan kadar bekalan OKSIGEN kepada Otak Kiri & Otak Kanan anak Autisme ini akan membantu memulihkan EMOSI kurang baik mereka supaya menjadi positif & harmoni, 

Tentang keunikan & kebijakan anak Autisme ini, itu adalah ANUGERAH yang memang Allah nak bagi, namun, perkara yang terkait tentang EMOSI yang melahirkan SIKAP buruk mereka, itu sememangnya perlu dirawat..."

Itulah yang orang kata - "Di sebalik PEMBERIAN, tersirat UJIAN..."

(Puas hati saya dengan jawapan Kak Eja waktu tu)

Bila Kak Eja explain begitu, saya teringat tentang seorang Figura di Media Sosial yang bernama Tuan Saiful Nang, beliau memang seorang yang Bijak, Kreatif, Unik juga seorang yang berjaya dalam bidang diceburinya,

Namun, perhatikan tentang tulisan beliau di Media Sosial seperti di Facebook, jika Anda perasan, tulisan beliau tersangat 'Luar Kotak' & terkadang membuatkan orang marah, kurang senang & terasa hati dengannya. (Tak kurang juga yang suka kepada tulisan & pandangannya, termasuk saya)

Saya kira, itu adalah SIKAP yang terlahir daripada EMOSInya yang tidak dirawat, menyebabkan beliau menulis dalam keadaan kurang menjaga hati & perasaan orang lain, bukan mahu memburukkan beliau, namun, itulah keadaan seseorang yang menghidap Autisme @ Disleksia...

Mereka golongan 'Pelik' yang berlainan cara pemikirannya berbanding orang biasa...


Wife saya sendiri adalah salah seorang anak murid kepada Kak Eja, Wife saya pernah juga handle kes Autisme melalui kaedah therapy yang dipelajarinya daripada Kak Eja,

Ada seorang anak Autisme daripada Puchong, therapy dengan Wife saya, asalnya anaknya tu, nak minum air guna straw pun tak pandai, namun, selepas beberapa kali therapy dengan Wife, Anaknya tu dah pandai minum air guna straw & dah mula pandai nak bercakap perlahan-lahan...Alhamdulillah...

Cuma, sekarang terpaksa stop treatment, sebabnya Wife saya mengandung, nanti lepas bersalin, baru boleh sambung rawatan, In shaa Allah,

Berbeza sedikit dengan Therapy Anion kerana kaedah therapynya menggunakan Mesin Therapy Anion yang telah berada di dalam pasaran Dunia sejak 50 tahun yang lalu, namun, FUNGSInya tetap sama, iaitu membekalkan sebanyak-banyaknya OKSIGEN ke dalam tubuh badan manusia,

P/s : Untuk Uwais yang ada isu GDD, saya & isteri terus menerus menjalankan Therapy Anion, sebab, jimat masa, tak perlu berulang alik ke Shah Alam, boleh buat di rumah sahaja, dan kami perhatikan, perubahan baik untuk Uwais berlaku dalam kadar yang sangat cepat, Alhamdulillah, Izin Allah, nanti kalau ada masa, saya kongsi tentang Uwais pula, kami punya mind set simple, cari PUNCA sakit & rawat punca tersebut, selebihnya Allah punya kerja...In Shaa Allah.

P/s : Jawapan kepada persoalan ASAS tentang faktor kemunculan pelbagai PENYAKIT MODEN hari ini, boleh baca DI SINI

Monday, 8 January 2018

Sisi Lain Dalam Memahami Kehidupan Sel Baik & Sel Jahat...

Pernah saya terdengar seorang Ust di Ikim FM bagi tazkirah pagi, Ust tu kata : "Allah jadikan ALAM ini hidup bersama dengan Penghuninya iaitu Manusia & pelbagai hidupan lain, untuk itu, sebagai Manusia yang Allah panggil sebagai Khalifah, perlulah kita hidup secara HARMONI dengan ALAM..."

Ust Dato' Hj Shamsuri, seorang Penceramah terkenal, di TV & serata Negeri pula pernah menceritakan tentang seorang Sahabatnya yang mempunyai masalah ketulan kecil di bawah bahagian mukanya, tak sakit, cuma, satu hari tu, Sahabatnya tu tergerak hati untuk buat Medical Check-Up, 


Kebetulan pula, kawannya juga seorang Dr. perubatan, sengaja Sahabatnya meminta Dr. tersebut untuk buat check up tentang ketulan tersebut, 

Selepas melakukan pemeriksaan, Dr. tersebut cakap : "Takda apa-apa yang buruk pun dengan ketulan tu, ok je, takda masalah, jadi, camna? Kau nak buang ke?"

Sahabatnya jawab : "Mmmmm, bolehlah, buang jelah, rimas pulak rasa, asyik duk gentel hari-hari..."

Maka, Sahabatnya buat 'Minor Operation' atas cadangan kawannya Doktor tersebut,

Selepas sebulan, Sahabatnya datang jumpa semula dengan kawannya Dr. tersebut, dalam keadaan bahagian bawah mukanya, yang asalnya ketulan kecil, namun, menjadi semakin besar selepas 'Minor Operation' tersebut,

Kawannya Dr. tersebut juga hairan & pelik, kenapa boleh berlaku demikian? Sepatutnya, ketulan tersebut terus hilang selepas dibuang, kenapa pula semakin membesar?

Selepas Scan, Dr. mengesahkan Sahabatnya itu menghidap KANSER!

Bagaimana boleh terjadi hal tersebut?

(Biarkan saya cerita dahulu tentang pertemuan saya dengan Dr.Zah)

Saya pernah bersembang dengan Dr.Zah, Isteri kepada Dr.Ridhuan Hoe, beliau bercerita tentang SEL kepada saya, di mana beliau pernah diberitahu oleh Prof nya suatu masa dahulu,

Kata beliau : "Sel Kanser ni bukan Penyakit, ramai orang salah faham, bila sebut kena Kanser, terus semua orang jadi takut, sebenarnya tak perlu takut, Kanser ini adalah SEL, mereka hidup di dalam tubuh badan kita & kita perlu 'melayani' mereka dengan baik..."

Ibarat bila kita duduk dalam sebuah komuniti @ kejiranan @ dalam sebuah negara sekalipun, pasti ada orang BAIK & orang JAHAT, betul?

Jadi, bila ada orang JAHAT, suka mencuri, merompak, merogol, buat kacau ke seluruh Kampung kita, apa yang kita akan buat?

Ya, salah satunya, call Polis & minta bantuan mereka untuk tangkap keseluruh orang JAHAT & penjarakan mereka, maka, In shaa Allah, akan AMAN lah Kampung kita...

Kehidupan SEL juga begitu, ada SEL BAIK, ada juga SEL JAHAT (Sel Kanser)...

Jika, Sel Baik paling banyak & melebihi jumlah Sel Jahat, maka, akan DIAM lah Sel Jahat, tak boleh nak buat apa-apa,

Sebaliknya, jika Sel Jahat paling banyak & melebihi jumlah Sel Baik, maka, Sel Jahat tersebut akan buat & kawal tubuh badan kita ni, seolah badan kita ni, macam 'tempat' mereka sendiri (Jadi sarang tempat Sel Jahat)

Seterusnya lagi, bila kita mengatakan SEL itu hidup, pastinya mereka hidup sebagaimana Manusia itu hidup, ada makan, komuniti, keluarga, anak pinak & sebagainya, 

Bagaimana jika keluarga kita, samaada Adik, Abang, Kakak, Mak & Ayah kita DIBUNUH @ rumah mereka DIBOM oleh pihak tertentu, apa yang kita akan buat? 

Ada kemungkinan, sekiranya kita hilang sabar, kita juga akan BALAS DENDAM, betul?

Begitu juga dengan SEL, bayangkan sekiranya 1 SEL yang dipanggil SEL JAHAT (Sel Kanser) itu dibunuh, tidakkah Ahli Keluarganya akan mencari & menyerang kita semula?

Pada saya, itulah yang saya jangka berlaku kepada Sahabat Ust Dato' Shamsuri yang saya ceritakan di atas sana tu, asalnya hanya ketulan KECIL, bila dibedah & dibuang, maka, makin membesar ketulan tersebut, bahkan, Sahabatnya disahkan menghidap KANSER!

Mungkin ketulan kecil tersebut adalah Sel Kanser yang tiada apa-apa level, bila dibuang & dibedah, kemungkinan 'ahli keluarga' @ saudara mara kepada SEL tersebut datang menyerang balas atas sebab kita telah 'membunuh' ahli keluarganya,

Justeru, dapat kita faham, setiap individu memiliki SEL JAHAT (Kanser), cuma, individu yang menghidap Kanser, adalah kerana Sel Jahatnya MENGUASAI kehidupan Sel Baiknya,

Orang jahat, jangan dibunuhnya, kita kena hidup baik dengannya, tunjukkan AKHLAK yang baik kepadanya, maka, lama kelamaan yang jahat akan jadi baik...In Shaa Allah.

Sel Jahat (Kanser) jugapun begitu, jangan dibunuh, BANYAKKAN Sel Baik, dengan cara, kawal emosi, sediakan 'makanan' yang cukup kepada SEL iaitu OKSIGEN, maka, lama-kelamaan, yang jahat itu akan jadi baik @ paling tidak pun, semakin banyak Sel Baik, maka, Sel Jahat jadi minority @ menjadi PASIF, In shaa Allah...

P/s : Therapy Anion bertindak memperkayakan OKSIGEN di dalam tubuh badan Manusia, supaya SEL dapat hidup dengan baik & harmoni, In shaa Allah.