Monday, 9 July 2018

Punca & Cara Rawat Sakit Kronik Secara Semulajadi Tanpa Ubatan...

Pada 26 Mei yang lepas, kami telah bekerjasama dengan pengurusan Koperasi Masjid Al Hasanah, Bangi dalam memberi & berkongsi maklumat tentang kaedah Terapi Anion Aculife,

Program yang awalnya kami rancang untuk berkongsi terhad hanya kepada 40 orang sahaja, namun, yang mendaftar hampir 200 orang & majoritinya terdiri daripada mereka yang menghidap Penyakit Kronik,

Oleh sebab terlalu ramai yang mendaftar, pihak Koperasi telah berbincang & mencadangkan kepada kami untuk menganjurkan sesi taklimat penerangan pada minggu yang berikutnya,

Atas dasar tanggungjawab untuk berkongsi & memberi kesedaran kepada masyarakat awam, kami telah bersetuju dengan cadangan Koperasi Masjid Al Hasanah tersebut,

Dan Alhamdulillah, atas permintaan ramai, sesi taklimat penerangan berkenaan Terapi Anion bersama Dr.Ridhuan Hoe yang bertajuk - "Punca & Cara Rawat Sakit Kronik Secara Semulajadi Tanpa Ubatan", telah pun berjalan dengan baik sehingga kepada 5 sesi,


Antara 3 soalan kami kepada kesemua Peserta program yang hadir sebelum kami memulakan sesi taklimat adalah :

1. Siapa di kalangan Anda semua yang pernah dengar tentang Aculife?

2. Siapa yang pernah dengar tentang Anion?

3. Siapa yang pernah dengar & kenal Dr.Ridhuan Hoe?

Anda tahu apa jawapan kesemua mereka?

(Jumlah keseluruhan Peserta bermula sesi pertama hingga kelima adalah sekitar 400-500 orang)



Jawapan mereka adalah - TAK PERNAH TAHU & TAK PERNAH DENGAR!

Namun, kami jelas & maklumkan kepada mereka, bahawa Dr.Ridhuan Hoe telah membawa Terapi Anion ke Malaysia sejak 25 tahun yang lalu, Aculife Malaysia telah bertapak di dalam Negara sejak 20 tahun yang lalu & Aculife German (Negara Pengasas) telah berada di dalam pasaran Dunia sejak 60-70 tahun yang lalu,

Tapi, kenapa rakyat Malaysia tak pernah tahu?

Jika mahu diceritakan di sini memang panjang, dalam sesi taklimat yang mengambil masa 4 jam di atas, kami terang & jelaskannya dengan lebih terperinci, In Shaa Allah

Jika Anda ada kelapangan masa sewaktu kami menganjurkan program seperti di atas pada masa akan datang, cuba hadir & dengarlah, sangat bermanfaat sekiranya Anda serius mahu pulih daripada kemelut Penyakit Kronik Anda yang tiada kesudahannya selama ini,

Boleh hubungi 010-302 4297 sekiranya berminat untuk hadir program tersebut, In Shaa Allah


Monday, 4 June 2018

Hilangkan Kahak & Batuk Bayi Secara Semulajadi...

Biasa berlaku bila kat rumah kita ada bela Kucing, bulunya gugur merata kan?

Apatah lagi jika bulu Kucing yang gugur tu terlampau banyak sehingga menyebabkan serata rumah ada bulu Kucing, 

Ada seorang Akak ni, beliau ada bela 4 ekor Kucing, memang berhadapan masalah yang sama, kalau sekadar bulu Kucingnya tu gugur serata rumah, takpa lagi, tapi, ia telah memberi kesan buruk kepada Bayinya yang berusia 2 bulan,

Ada suatu hari tu, Bayinya mengalami batuk-batuk yang berlarutan sehingga 1 minggu, disebabkan usianya yang masih kecil, baru sahaja mencecah 2 bulan, beliau buat keputusan untuk membawa anaknya bagi mendapatkan pemeriksaan Doktor,

Selepas pemeriksaan, Doktor mencadangkan Bayinya supaya mengambil 'Nebulizer' & 'Mucus Suction', dalam keadaan panik, Akak ni setuju je untuk menjalankan prosedur tu,

Namun, yang tak bestnya, batuk Bayinya tu masih berlarutan sehingga 3 hari selepas suction...

Sehinggalah ada Saudara yang mencadangkan beliau untuk menggunakan Terapi Anion sebagai alternatif, mulanya nak cuba je dulu, tak berapa yakin juga asalnya, namun, oleh sebab tak sanggup dah tengok Bayinya tu batuk berlarutan, Akak ni cuba juga...

Lagipun tak susah mana, hanya baring & tidurkan sahaja atas Mesin Terapi Anion, Akak tu tidurkan anaknya daripada pukul 10 pagi sampai 8 malam,

Waktu malam tu, Akak tu kata, Bayinya mengalami batuk yang kencang selepas menyusu & tidak berapa lama selepas itu, Bayinya tu ada mengeluarkan seketul kahak yang likat kehijauan berserta lendir, awalnya panik & pelik juga, sebab tak pernah macam tu...

Namun, selepas beberapa ketika, anak kecilnya tu telah bebas daripada batuk & selesema, Alhamdulillah, 

Dan Alhamdulillah juga, selepas menggunakan Terapi Anion secara berperingkat & konsisten, anak kecilnya tu juga tersangat jarang Demam sekarang, Alhamdulillah...

Syukur, penggunaan Mesin Terapi Anion dalam tempoh masa yang singkat telah berjaya menyelamatkan Bayi Akak ni daripada terus mengalami masalah batuk & kahak yang teruk, 

Beliau juga yakin, jika digunakan secara konsisten, pasti akan memberi kesan yang lebih baik kepada tahap kesihatan anak mahupun keseluruhan Ahli Keluarganya, In Shaa Allah...


Kaedah 'Nebulizer' & 'Mucus Suction' digunakan hanya untuk 'Survive' @ bertahan, ia tidak menyelesaikan PUNCA kepada kewujudan situasi tersebut, di mana punca kepada situasi Bayi yang Batuk & Berkahak adalah kerana berlaku kelemahan fungsi HATI & PEPARU,

Terapi Anion Aculife membantu merawat SISTEM BADAN Manusia supaya Sistem Badan seseorang mampu merawat Penyakitnya sendiri & kebal bertenaga melawan serangan Penyakit, In Shaa Allah


Monday, 14 May 2018

Sakit Perut & Cirit Birit Akibat Keracunan Makanan...

Mungkin kadang bila saya cerita tentang fakta & kajian yang telah dilakukan ke atas ANION oleh Para Penyelidik Dunia sejak puluhan tahun lalu, ramai juga yang kurang faham bagaimana Anion ini berfungsi & bagaimana sebenarnya ia mampu membantu kehidupan Manusia sejagat?

Cerita mudahnya, beberapa bulan lepas Isteri saya ada pergi jamuan untuk menyambut Hari Jururawat di Putrajaya,

Walaupun hujan lebat, namun, majlis jamuan tu tetap berjalan sebagaimana yang telah mereka rancangkan di dalam sebuah taman di Putrajaya sini,

Dah kata jamuan, memang macam-macam lah makanan yang tersedia, memang sedaplah Isteri saya kata,

Selesai majlis jamuan tu, mereka semua bersurai pulang ke rumah masing-masing,

Nak jadi cerita, esok harinya bila masuk kerja, kecoh 1 ward!

Sebab, boleh kata semua rakan sekerja yang bertugas satu ward dengan Isteri mengalami cirit birit & sakit perut, mereka semua suspek ada berlaku keracunan makanan sewaktu hadir majlis jamuan sehari sebelum tu,

Nak buat macam mana kan? 

Seterusnya Dr. di ward mereka, suggest untuk ambil Antibiotik...

Yang buat semua rakan setugas Isteri saya hairan adalah, Isteri saya seorang sahaja yang tak kena cirit birit & sakit perut, normal macam biasa, Alhamdulillah!

Kawan-kawan Isteri kata : "Wah, kuatnya Antibodi awak tak kena apa-apa, padahal, sama banyak je makan semalam kan..." (Isteri saya sengih sahaja)

Yang dorang tak tahu & jarang Isteri saya kongsikan adalah, Isteri saya, bahkan kami sekeluarga dah hampir setahun duduk tidur atas Therapy Anion setiap hari, Alhamdulillah!

Itu yang saya selalu sebut, memang telah jadi kebiasaan untuk setiap orang, untuk mengekalkan kesihatan, mereka akan jaga makan, cukup tidur, bersenam & sebagainya, 

Itu semua kita boleh buat asalkan kita ada kemahuan, namun, bagaimana kita nak kawal keadaan sekeliling kita, contoh bilamana kita makan di luar? Pastinya tak sebersih & tak sebaik kita masak sendiri di rumah, kan?

Rumah kita bersih, kawasan rumah kita bersih, namun, bagaimana pula jika kita berada di dalam persekitaran yang tak bersih yang kita terpaksa berada di kawasan tersebut, contoh, tempat kerja, rumah kawan-kawan, saudara mara, luar negara & sebagainya?

Kerana itulah Therapy Anion bukan sahaja berfungsi untuk merawat PENYAKIT, namun, ia merawat SISTEM BADAN supaya sistem badan kita mampu merawat Penyakit & melawan serangan Penyakit, In Shaa Allah.


Maklumat lanjut tentang Therapy Anion Aculife DI SINI pasti akan membantu Anda untuk lebih faham tentang ANION yang dikatakan "Ajaib!", In Shaa Allah.


Thursday, 22 March 2018

Jawapan Kepada 3 Persoalan Di Dalam Minda Pesakit Selepas 5 Hari Rawatan...

Pesakit yang datang ke Centre & buat rawatan Terapi Anion selama 5 hari kebiasaannya akan dapat keputusan yang positif, pasti, In Shaa Allah,

Namun, kebiasaannya tetap akan ada 3 persoalan di dalam minda Pesakit @ keluarga Pesakit, antaranya :

1. "Berapa lama lagi nak kena duduk dengan Terapi Anion ni?"

2. "Kenapa selepas habis buat rawatan Terapi Anion ni, selang beberapa hari, sakit tu datang semula?"

3. "Takkan nak kena bergantung sampai mati dengan Terapi Anion ni?"

Biarkan saya menjawab satu persatu persoalan yang berlegar-legar di dalam minda Anda tu,

Baik, jawapan untuk :

SOALAN PERTAMA

Sebenarnya, ada 2 jawapan, iaitu :

a) Jika soalan ini ditanya oleh Orang Zaman BATU @ 1,000 tahun yang lalu yang jauh dari pembangunan yang pesat, jawapan kami adalah - "Tak perlu pakai selalu, guna waktu perlu sahaja pun cukup..."

b) Tapi, jika soalan ini ditanya oleh Orang Zaman KINI @ mereka yang akan hidup pada zaman akan datang, yang sememangnya tidak boleh terpisah daripada suasana pembangunan yang pesat, jawapan kami adalah - "24 jam setiap hari kena guna...!"

Kata Ahli Fikir Greek yang terkemuka, Hippocrates : "Semakin manusia menjauhi Alam, semakin dekat mereka dengan Penyakit..."

2 entri yang saya pernah tulis sebelum ini, iaitu :

Kerosakan ALAM & Kemunculan Pelbagai Penyakit Moden Hari Ini

Semakin Manusia Menjauhi Alam, Semakin Dekat Mereka Dengan Penyakit

Pastinya dapat membantu Anda untuk lebih faham, apa yang saya cuba sampaikan bagi menjawab persoalan pertama ini, In shaa Allah.

SOALAN KEDUA

Kenapa sakit datang semula selepas STOP Terapi?

Tanya semula soalan tu kepada mana-mana Dr. perubatan, kenapa saya kena makan ubat selalu ya? Bila tak makan je, sakit tu datang semula, biasa tanya soalan camtu?

Ambil contoh Pesakit Diabetis, kenapa kena bergantung kepada Ubatan?

Baik, punca kepada Penyakit Kencing Manis adalah disebabkan oleh organ 'Pankreas' telah rosak @ tidak dapat berfungsi dengan baik,


Terdapat 2 peranan utama organ 'Pankreas' yang menjalankan fungsi :

a) Eksokrin - Kelenjar yang mengeluarkan cairan berupa Enzim (Kegunaannya untuk memecah makanan agar boleh dicerna & diserap oleh tubuh)

b) Endokrin - Bertugas untuk menghasilkan hormon Insulin (Mengubah Glukosa (Gula) menjadi sumber tenaga)

Organ Pankreas yang sihat akan mengeluarkan zat-zat yang tepat dalam jumlah & waktu yang juga tepat. Namun, Pankreas yang tidak sihat / rosak, tidak akan mampu mengeluarkan Enzim & Insulin secara optimal sehingga menyebabkan penyerapan makanan juga terganggu,

Itulah fungsinya Ubat @ Insulin untuk Pesakit Diabetis, iaitu MENGSTABIL & membantu fungsi Pankreas supaya dapat menjalankan fungsi kelenjar Eksokrin & Endokrin,

Jadi, bila Pesakit Diabetis STOP makan Ubat @ tanpa ada apa-apa rawatan sokongan, bagaimana organ Pankreas mampu menjalankan fungsinya?

Cuma, berbeza dengan rawatan Terapi Anion, ia bukan sekadar menyokong fungsi Pankreas dalam tempoh sementara waktu, namun, lebih daripada itu adalah, ia membantu merawat & memulihkan semula organ Pankreas supaya dapat berfungsi secara normal & sihat,

Oleh sebab itu, semasa rawatan Terapi Anion, bacaan gula untuk Pesakit Diabetis biasanya akan turun kerana, ketika itu, Anion bertindak membantu menyokong SEL yang membentuk organ Pankreas, namun, selagi mana organ Pankreas belum dapat dipulihkan sepenuhnya, selagi itu, pesakit Diabetis perlu terus duduk dalam tempoh yang lama,

Jika mengikut pengalaman Dr.Ridhuan Hoe yang juga seorang Pesakit Diabetis tahap kronik suatu masa dahulu, beliau hanya betul-betul pulih daripada isu Diabetis selepas 1-2 tahun KONSISTEN menggunakan Terapi Anion & kini, beliau telah bebas dari isu Diabetisnya,

(Beliau boleh makan Gula, Durian, Kek & segala jenis makanan manis selepas pulih daripada penyakit Diabetisnya, In shaa Allah)

Juga terdapat ramai lagi Pengguna yang telah pulih daripada isu Diabetis mereka setelah KONSISTEN menggunakan Terapi Anion, Alhamdulillah, Izin Allah jua,

Selalu saya cakap pada orang : "Hari ni kalau kita minum 1 tong GULA PUTIH, adakah bangun pagi esok terus kena Kencing Manis?"

(Biasanya orang akan jawab TAK!)

Maksudnya, sakit tu tak datang terus 'on the spot', mesti ada signal untuk Penyakit tu jadi & datang,

Maksudnya lagi, nak dapat sakit tu pun perlu AMBIL MASA, nak dapat sihat? (Perlulah AMBIL MASA juga)

Oleh kerana, kita tak cuba faham REALITI tersebut, sebab tu lah kita kerap sangat kena TIPU dengan Penjual produk - "Pulih dalam tempoh 7 hari", "Kurus Dalam Tempoh 24 jam" & banyak lagi iklan produk di dalam pasaran yang telah lama buat 'Orang sakit' terpedaya selama ini.

Tak tahu nak salahkan siapa, salah Penjual @ salah Pembeli?

Penerangan di atas adalah untuk Pesakit Diabetis, bagi Penyakit lain, pastinya ia melibatkan ORGAN-ORGAN tertentu yang juga telah lemah fungsinya,

SOALAN KETIGA

Jawapannya lebih kurang sama dengan jawapan untuk soalan pertama,

Cuma, jika selama Anda hidup, Anda yakin boleh kawal 4 faktor UTAMA Penyakit yang saya selalu sebut & kongsikan, sebenarnya, Anda tak perlu pun gunakan ANION sampai bila-bila,

Apa dia faktor tu?

1. PEMAKANAN

Orang dulu-dulu, bila buat / cipta pelbagai jenis makanan, mereka takkan lupa untuk memasukkan sekali unsur-unsur penyumbang sihat di dalam makanan yang dicipta, contohnya seperti SATE, saya kira, kalaulah orang dulu-dulu tak padankan sekali Timun & Bawang tu dengan SATE, rasanya orang sekarang akan makan SATE sahaja tanpa timun & bawang, sebab?

Kita rasa tak penting & tak sedap pun kan? (Namun, pasti terdapat TUJUAN sihatnya di situ)

Berbeza dengan orang sekarang ni, buat / cipta pelbagai jenis makanan sampai kebanyakannya tak ingat langsung untuk memasukkan unsur-unsur sihat di dalamnya, contoh : BURGER CHEESE sekilo!


(Gambar hiasan : Roti pun guna pewarna hitam)

Pendek kata :

TUJUAN makanan orang dulu? - Sedap & Sihat!

TUJUAN makanan orang sekarang? - Asalkan Sedap, bedal sahaja!

Walau kita ni jenis tersangat-sangat lah mengambil berat tentang cara & pengambilan makanan, adakah seumur hidup kita, tak pernah makan di Restoran luar? Tak teringin nak makan benda sedap?

2. PERSEKITARAN

Tak perlu susah-susah untuk guna Terapi Anion, jika kita sentiasa berada di dalam persekitaran yang sihat, bersih & segar,

Contoh tak perlu pakai kereta untuk elak pencemaran udara, tapi, fikirkan, kalau kita tak pakai, orang lain tak pakai jugak ke kereta?

Tinggal sorang-sorang jauh di hujung hutan tanpa jiran, sebab, kalau duduk perumahan, mesti kawasan tu membangun, ada kedai, ada restoran, ada mall, ada kilang & sebagainya,

Tak perlu beli rumah, sebab, nanti kalau nak beli rumah, mesti Pemaju nak kena bangunkan tanah, mesti banyak pokok ditebang, tapi, fikirkan, kalau kita tak beli rumah, orang lain tak beli rumah juga?

3. EMOSI / KARAKTER

Anda tak perlu pun gunakan Anion sekiranya, Anda boleh kawal emosi & karakter Anda dengan baik, sebab?

Terdapat banyak kajian di seluruh Dunia mengatakan bahawa Emosi / Karakter buruk seseorang merupakan salah satu penyumbang kepada kewujudan pelbagai jenis Penyakit,

Maknanya, Anda sentiasa kena berada pada keadaan Emosi / Karakter yang baik untuk mengekalkan kesihatan,

Bila harga petrol naik, harga barang dapur naik, sayur naik, anak conteng kereta ke, pekerja curi duit, kena maki dengan pelanggan / jiran, rumah kena rompak ke, Anda mesti sentiasa kena tenang, senyum, gembira + mendoakan kebaikan kepada orang yang menganiaya Anda, (Sentiasa REDHA)

Sebab nanti, kalau tak boleh kawal @ lebih teruk lagi sentiasa tak boleh kawal perasaan + sentiasa berada dalam emosi / karakter yang buruk, ia boleh menyumbang kepada pelbagai jenis Penyakit,

Boleh buat? Jika boleh, Alhamdulillah, tak perlu pun guna Terapi Anion sampai bila-bila, sebab, Anda tak sakit & sentiasa sihat,

4. GANGGUAN JIN / MAKHLUK HALUS

Ada seorang Ustaz saya, seorang yang sangat baik, ramai orang suka pun pada dia, namun, sebaik itu pun terkena 'santau' / 'buatan orang',

Bila check dengan Perawat yang mahir, rupanya, 'santau' tu bukan nak dihantar kepada Ustaz saya, tapi, tersilap hantar, jadi, terkena kepada beliau,

Tapi, yang menanggungnya, siapa? Tetap Ustaz saya juga, walaupun beliau tak tahu menahu,

Satu lagi, kita buat baik macam mana sekali pun, tetap akan ada orang yang tak suka & tak gembira kepada kita, hatta, Junjungan Baginda Nabi Besar kita, Allah sebut sebagai Hamba yang 'sesempurna kejadian' pun tetap ada Umat yang benci & iri kepada nya,

Kita ni bagaimana?

Isunya, segala jenis Gangguan Jin / Makluk Halus ini, samaada kita sedar @ tidak sedar, tetap menjadi penyumbang kepada pelbagai jenis Penyakit pada hari ini.

Jangan tak tahu, Jin / Makhluk Halus kalau ganggu, di mana mereka akan tinggal?

Biasanya di saluran DARAH seseorang,

Jadi, untuk ketiga-ketiga persoalan yang sentiasa berlegar-legar di dalam minda Anda semua, Anda boleh nilaikan semula melalui sedikit penerangan saya di atas ini,

Kesimpulannya, kita mungkin boleh kawal DIRI SENDIRI, tapi, keadaan SEKELILING kita? Adakah kita mampu kawal?

Kongsikan untuk bacaan umum,

Mudah-mudahan bermanfaat, In Shaa Allah!

Info Terapi Anion di DI SINI

Tuesday, 6 March 2018

Apakah Kesan Apabila SEL Yang Membentuk ORGAN Menjadi LEMAH?

Organisme hidup yang paling seni, yang berfungsi untuk membentuk struktur tubuh badan dinamakan sebagai SEL

Berlaku keadaan, bilamana SEL dioksidakan, maka, tubuh badan akan mengalami pelbagai Penyakit, seterusnya, fungsi Organ dalaman seperti Jantung, Hati, Buah Pinggang & lain-lain menjadi kurang baik,

Sakit Pinggang, Sakit Bahu, Sakit Kaki & Lutut serta sebagainya adalah 'Signal Sakit' atau TANDA kerosakan, kelemahan serta pengoksidaan pada bahagian SEL yang tertentu, 

Semenjak dilahirkan, sehinggalah seseorang meninggal dunia, 60 Trillion SEL yang membantu mengekalkan nyawa Manusia menjalankan aktiviti tanpa rehat samaada pada waktu siang & malam, 

Persekitaran yang sihat & segar (Ion Negative tinggi) akan membantu SEL-SEL menjalankan aktivitinya dengan baik, yang secara tidak langsung akan menjadikan individu itu sihat & berusia panjang,

Kandungan Ion Positive & Ion Negative seorang Bayi yang baru dilahirkan adalah pada nisbah 20 : 80, di mana pada ketika ini, seseorang Bayi memiliki keupayaan melawan sebarang serangan Penyakit pada tahap yang palling kebal & ampuh,

Namun, kemasukan 'bendasing' ke dalam tubuh badan seorang Bayi, akan meningkatkan kandungan Ion Positif yang seterusnya akan menjadikan Sistem Badan seseorang mula menjadi lemah & tidak mampu merawat serta melawan serangan Penyakit yang bertubi-tubi,

Umum perlu mengetahui, di dalam UDARA telah terkandung Ion Positive serta Ion Negative, untuk suatu Hidupan seperti Manusia sentiasa menerima Oksigen yang cukup, maka, Ion Negative & Ion Positive di dalam Sistem Badan Manusia perlulah BERINTERAKSI secara baik dengan Ion di dalam UDARA,

Namun, dalam suasana kehidupan yang kotor, tekanan tinggi, pembangunan pesat, Ion Negative di dalam Sistem Badan Manusia semakin menurun, lalu, ia gagal untuk berinteraksi dengan Ion Negative di dalam Udara, maka, yang tinggal ketika itu adalah, Ion Positive yang terus meningkat tinggi,



Inilah perkara yang telah mewujudkan 1,001 pertanyaan tentang kemunculan pelbagai jenis PENYAKIT MODEN @ 'Penyakit Orang Bandar' yang kebanyakannya masih tidak dapat diketahui puncanya melalui rawatan konvensional,

Gambar rajah di bawah, akan bantu Anda untuk lebih memahami tentang fungsi SEL & apakah kesan yang boleh berlaku sekiranya SEL tidak dapat berfungsi dengan baik?



Ketahui Bagaimana Wanita Ini Berjaya Mengatasi Isu KANSER RAHIM Tahap 4!

P/s : Kongsikan untuk manfaat bersama, In Shaa Allah.


Monday, 5 March 2018

Rawat PENYAKIT @ Rawat SISTEM BADAN?

Awal tahun hari tu, ada kawan saya tunjukkan bil Insurans salah seorang Kliennya yang telah berjaya 'diclaim' masa tahun 2017, Ahamdulillah,

Kliennya tu ada isu Kanser & berikut adalah bil nya,


Ya, itulah bil Kliennya yang telah menjalani Rawatan Kanser di salah sebuah Hospital Swasta di Lembah Klang,

Rasanya, inilah KOS SEBENAR rawatan Kanser yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan kita, Alhamdulillah, mudah & murah rezeki rakyat Malaysia,

Namun, pada saya, kalaulah orang lain faham tentang ISU KANSER sebagaimana saya, Dr.Ridhuan Hoe & Dr.Zah faham, saya fikir, takda orang yang sanggup untuk buat rawatan Konvensional untuk mengatasi masalah Kanser,

Tak dinafikan, memang mereka boleh claim Insurans, cuma, adakah Pesakit Kanser di atas boleh claim sebesar jumlah di atas pada masa akan datang, sekiranya Kanser beliau merebak @ datang menyerang buat kali yang seterusnya?

Ada yang tanya : "Eh, dah bunuh & buang Sel Kanser tu, takkan kena lagi...?"

(Untuk jawab soalan tu & memahami tentang SEL KANSER sebagaimana kami faham, boleh baca DI SINI)

Dan, sekiranya kita mahu faham pula tentang Insurans, kita hanya boleh claim ikut level jumlah yang kita carum sahaja, nak claim lebih besar, kena carum lebih besar, betul?

Memang ada sesetengah orang yang saya jumpa, mereka ok je bayar Insurans, bayar lebih pun takpa, 

Sebab, pada mereka, itu sahaja pilihan yang mereka ada & mereka telah buat pilihan yang terbaik untuk kehidupan mereka,

Isunya, adakah setelah Pesakit tersebut selesai claim insurans di atas, ia terus baik, terus pulih, badan sihat bertenaga, boleh buat kerja macam biasa?

Majoriti Pesakit Kanser yang kami jumpa biasanya sentiasa lemah & tak bermaya, lemah badan, lemah emosi & sebagainya sejurus menjalani pembedahan & rawatan konvensional yang lain,

Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab kami juga untuk sentiasa berkongsi & memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kehidupan Sel Baik dengan Sel Jahat,

Dan yang pastinya, kos untuk seseorang merawat segala jenis Penyakit melalui Terapi Anion hanyalah 10% daripada jumlah keseluruhan bil Insurans Pesakit di atas, bukan hanya untuk rawat penyakit, namun, membantu tubuh badan untuk sentiasa sihat tanpa serangan Penyakit dalam jangka masa yang panjang, In Shaa Allah!

Kerana, pada saya, kehidupan ini tidaklah begitu 'complicated', namun, yang buatkan hidup kita jadi 'complicated' adalah diri kita sendiri,

'Sel Kanser bukanlah PENYAKIT'.

Seseorang tidak perlu untuk RAWAT PENYAKIT yang sedang mereka alami, yang mereka perlu buat hanyalah RAWAT SISTEM BADAN sendiri, seterusnya, Penyakit tersebut akan dirawat oleh sistem badan kita sendiri,

Mungkin gambar rajah di bawah ini, akan membantu Anda untuk lebih faham tentang apa yang Dr.Ridhuan Hoe selalu cakap, iaitu : "Kemunculan pelbagai Penyakit hari ini adalah kerana SISTEM BADAN Manusia tidak mampu untuk merawat Penyakit sendiri, serta tiada tenaga untuk melawan serangan Penyakit..."


SHARE untuk manfaat bersama, In Shaa Allah!

P/s : 4 faktor UTAMA kemunculan pelbagai Penyakit Moden hari ini, boleh baca DI SINI


Tuesday, 13 February 2018

Kesan Akibat Sering "Tahan Sakit" Supaya Dapat Kelegaan Segera...

Suatu perkara yang pernah berlaku kepada Arwah Ayah Mertua saya dahulu,

Iaitu, beberapa tahun sebelum Arwah meninggal, saya dapat lihat, yang Arwah terpaksa berhadapan dengan Penyakit yang pelbagai, ketika usianya 65 tahun,

Jantung, Buah Pinggang, Hati, Gout, Arthritis, Kencing Manis, Darah Tinggi, Kulit & lain-lain,

Ia bermula, apabila pada usia muda, Arwah menghidap masalah Gout, 

Isu Gout ni, umum tahu, ia berpunca daripada kandungan 'Uric Acid' yang tinggi di dalam darah & sistem badan,

Cuma, mungkin waktu tu, Arwah tiada pilihan lain, hanya pergi Hospital & dibekalkan dengan 'Ubat Tahan Sakit' supaya sakit yang dialaminya tu hilang atau rasa LEGA, dah lega, senanglah nak buat kerja, kalau tak lega, satu apa kerja pun tak jadi kan?

Akhirnya, semakin DITAHAN-TAHAN sakit tu, dengan hanya bergantung dengan Ubatan sebab nak guna banyak masa untuk bekerja, ia telah memakan diri sendiri, bilamana 'Penyakit Sebenar' telah muncul bak air bah banjir yang melimpah,

(Saya pernah tulis DI SINI berkenaan akibat, apabila kita selalu TAHAN SAKIT kita semata-mata untuk mendapatkan kelegaan segera)

Sampaikan sistem badan Arwah, tak mampu lagi untuk menerima apa-apa Ubat dek kerana Sistem Buah Pinggang telah pun rosak,

Nak ceritanya, itu dulu, mungkin orang tua-tua kita dahulu tak tahu apa-apa, kerana tak dapat apa-apa pendedahan,

Zaman telah berubah...

Hari ni, saya rasa, MAJORITI individu, samaada di dalam @ luar negara, tak boleh menafikan kesan & akibat daripada mengamalkan 'Ubat Tahan Sakit',


Tak salahkan sesiapa, itu semua PILIHAN SENDIRI, cuma, apa yang berlaku di hadapan kita, pasti ada sesuatu yang boleh kita jadikan tauladan & pedoman,

Ada banyak cara hari ini untuk mengatasi masalah kandungan 'Uric Acid' yang tinggi di dalam badan @ apa jua isu Penyakit pada hari,

Asalkan dalam HATI kita ada kepercayaan yang teguh bahawa 'Setiap Penyakit PASTI Ada Ubat Melainkan MATI'

Namun, sikap seperti :

1. Nak segera pulih
2. Malas jumpa Dr., malas berubat
3. Pentingkan diri sendiri 
4. Leka & lalai dengan kerja banyak
5. Kedekut masa & wang untuk rawat Penyakit
6. Ego & buat-buat pandai
7. Bodoh sombong 
8. Bertangguh-tangguh
9. Tak sabar & sebagainya

Pada saya, itulah punca kepada segala Penyakit, di mana ia banyak terkait dengan SIKAP seseorang individu bila berhadapan dengan sesuatu ujian & dugaan,

Allah dah tunjuk 'Signal Sakit', tapi, kita masih lagi buat 'Dont Know',

(Apa itu 'Signal Sakit'? Boleh baca DI SINI)

Ada seorang Pengguna Terapi Anion, berbangsa Cina yang bernama Mr.Lee, beliau dah guna Mesin Terapi Anion sejak 7 tahun yang lalu,

Baru-baru ini, beliau datang jumpa Dr.Ridhuan Hoe untuk upgrage Mesin Terapi beliau kepada 'Twin' (Boleh pakai 2 orang), kerana, 7 tahun yang lalu beliau hanya guna yang 'Single' sahaja,

Lepas upgrade, beliau kata nak beli satu lagi Mesin Terapi Anion, Dr. Ridhuan Hoe tegur : "You nak beli lagi buat apa? Dah upgrade 'Twin', boleh pakai 2 orang, buat apa mahu buang duit lagi...?"

Mr.Lee jawab : "You kata buang duit? Mari saya cerita sama You, dulu sebelum saya pakai ini Mesin, saya dah buat 3 kali operation, kos nya puluhan ribu, saya ada Kencing Manis, Darah Tinggi, Jantung, Kanser pun ada, sekarang, saya dah sihat, dah takda sakit, demam pun susah datang, Bisnes pun boleh untung banyak, ini macam kalau saya mahu hidup 100 tahun pun boleh maaa..."

(Itu gaya bahasa orang Cina macam Mr.Lee)

Pada kita sebagai Muslim, mati tu datang tak pilih tempat, tanpa pilih keadaan, umur & sebagainya, cuma, tubuh badan kita adalah AMANAH yang perlu dijaga & dipelihara sebaiknya, 

Takda orang yang nak sakit, sebolehnya kita nak sihat, namun, apa boleh buat? Kita tak boleh kawal keadaan luaran kita, yang kita boleh kawal hanyalah DIRI SENDIRI sahaja,

Dalam hal kesihatan, Dr.Ridhuan Hoe selalu sebut : "Punca kepada kewujudan segala jenis Penyakit hari ini, adalah kerana SISTEM BADAN manusia TIDAK MAMPU untuk merawat Penyakit sendiri & TIADA TENAGA untuk melawan serangan Penyakit..."

Jika kita tak percaya dengan kenyataan di atas, kita boleh perhatikan keadaan sekeliling kita, betapa banyak & pelbagainya kewujudan Penyakit hari ini, yang sehingga kini tidak ketahuan PUNCA SEBENAR isu Penyakit tersebut timbul,

P/s : Ibarat orang berniaga, ada yang kata susah berniaga sebab EKONOMI DUNIA teruk, apa boleh buat? Kita tak boleh kawal ekonomi dunia, yang kita boleh kawal EKONOMI SENDIRI sahaja, bijak cari duit & bijak menguruskan duit, itu sahaja yang kita mampu buat.