Wednesday 1 August 2018

Ikhtiar, Doa & Tawakkal...

Walau hebat bagaimana sekalipun kaedah rawatan yang ada di dunia ini, yang direkacipta untuk membantu merawat apa jua jenis Penyakit, jangan kita lepaskan diri kita daripada 3 perkara, iaitu kita hanya IKHTIAR, seterusnya BERDOA & seterusnya BERTAWAKKAL...



Hakikatnya Allah beri sakit, hanya sebab UJIAN & ujian tersebut pastinya mampu ditanggung oleh seseorang, jangan PUTUS ASA,

Saya tulis begini kerana tidak mahu segala cerita testimoni yang diperkuatkan lagi dengan kajian sains, akan membutakan mata hati kita daripada memandang kepada KUASA ALLAH...

Mungkin saya boleh kongsikan sedikit tentang falsafah hidup saya sejak sekian lama adalah - "Kalau Allah nak beri, takda apa & siapa boleh halang, namun, jika Allah halang, takda apa & siapa boleh beri..."

Cuma, jangan ada PUTUS ASA & perlu terus ISTIQAMAH menjalani rawatan Terapi di rumah dalam tempoh yang panjang,

Ada seorang Pakar di dalam Sains Kesihatan menasihati orang ramai dengan berkata : "Jangan percaya kepada produk yang dikatakan boleh merawat sakit kronik dengan segera, kerana, penyakit kronik yang datang pada seseorang individu, ia datang sedikit demi sedikit, jadi, nak buangnya pun perlu sedikit demi sedikit..."

Selalu saya guna analogi perjalanan kita pergi ke suatu tempat...

Contoh, jika perjalanan kita ke Kedah dari Kuala Lumpur adalah sekitar 400 km, bermakna, perjalanan pulang dari Kedah ke Kuala Lumpur juga mesti 400 km...

Bermakna 'Tiada Shortcut'!

Teruskan IKHTIAR, DOA & TAWAKKAL, In Shaa Allah!