Siapa Penulis?

Assalamualaikum...

Nama saya Mohd Hafeez Bin Mohd Basaruddin, kawan-kawan panggil 'Apis' sahaja, asal daripada Temerloh, Pahang (Bandar Ikan Patin yang sedap tu kan...hehe), cuma, saya sebelah dalam lagi, bukan di Bandar Temerloh tu,

Saya buat Bisnes sendiri sahaja, dalam bidang 'Trading', jual & edar produk sendiri dalam industri kesihatan & makanan, Alhamdulillah, umur pun baru 30 tahun :)

Pernah bekerja di UiTM, Dungun sebagai Pegawai Kerja Akaun selama setahun, 

Isteri sorang, anak sorang (Muhammad Uwais Ukasyah), In shaa Allah, tahun 2018, dapatlah Uwais seorang Adik, Uwais pun dah nak masuk 5 tahun...

(Uwais Si Anak Syurga Abi & Ibu...Alhamdulillah)

Pada usia Uwais 6 bulan, Ibunya yang juga seorang Jururawat merasakan pertumbuhan Uwais agak sedikit lambat, Isteri saya buat keputusan untuk buat pemeriksaan di Hospital Putrajaya (Tempat Isteri bekerja)

Setelah menjalani hampir semua prosedur di Hospital, namun, isu penyakit Uwais masih belum dapat disahkan oleh Pegawai Perubatan di situ, saya & isteri buat keputusan untuk mendapatkan nasihat daripada Pakar di Hospital Swasta yang pada ketika itu usia Uwais telahpun mencecah 1 tahun 6 bulan,

Asalnya pergi ke PPUM, tapi, kena buat appointment 1 bulan, uissshhhh, untuk kami, kami rasa tak boleh nak tunggu lagi,

Then, finally, kami decide ke Prince Court Hospital, Alhamdulillah, 1 minggu appointment...

Tiba hari appointment, bincang punya bincang, check punya check, Dr. Pakar Prince Court mengesahkan Uwais menghidap Cerebral Palsy & dengan jujur Dr. tersebut mengatakan : "Seluruh Dunia, untuk isu Uwais, masih tiada Ubat yang ditemui di dalam kaedah perubatan konvensional, saya cadangkan Parents bawa pergi Fisiotherapy..."

Sejak daripada hari itu, kami tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke mana-mana Hospital untuk mencari solusi isu kesihatan Uwais,

(Yelah, Pakar pun kata takda Ubat, takkan hang nak pergi lagi, carilah alternatif kan)

Sangat panjang cerita suka & duka bersama Uwais ini...

Slowly, saya akan update dalam entri post blog ini akan datang, korang tunggu sahaja ye...

(Sedikit cerita tentang Therapy Aculife)

Cerita tentang Therapy Aculife bermula awal tahun 2017 baru ni, saya telah dibawa berjumpa dengan Dr.Ridhuan Hoe oleh seorang Kawan saya yang baik hati (Saya doakan beliau sentiasa dalam pandangan Rahmat & Kasih Allah Taala)

Asalnya jumpa Dr.Ridhuan Hoe atas urusan perniagaan, tapi, lebih 2 jam bersembang dengan beliau, saya dapat buat sedikit kesimpulan ketika itu, bahawa, Dr.Ridhuan Hoe bukanlah calang-calang bekas Dr.perubatan, 

40 tahun pengalaman sebagai Dr.perubatan di Hospital Besar Taiwan, sudah cukup membuktikan bahawa beliau adalah Pakar Perubatan yang sepatutnya menjadi rujukan kepada Para Doktor-doktor generasi kini,

Walau usianya telah mencecah 83 tahun, namun, beliau kelihatan sungguh bersemangat bercerita tentang isu kesihatan manusia pada hari ini, terutamanya isu Kanser yang dilihatnya semakin serius pada hari ini, apatah lagi, beliau juga adalah Bekas Pesakit Kanser Hidung 20 tahun yang lalu,

Long story short, saya tercerita tentang isu kesihatan anak saya (Muhammad Uwais Ukasyah) yang sejak umur 1 tahun telah dikatakan cenderung menghidap 'Cerebral Palsy', 

Beliau tanpa lengah meminta saya memulakan rawatan Therapy Anion Aculife untuk Uwais,

Dan cerita selebihnya, saya abadikan dalam tulisan di entri post saya akan datang...In shaa Allah! :)

P/s : Saya & Isteri ada sebuah JANJI dengan Allah, jika Uwais telah jumpa 'Ubat' untuk isu kesihatannya, kami NEKAD untuk berkongsi kepada mereka-mereka yang mengalami situasi yang sama seperti kami & itulah puncanya kami melibatkan diri dengan Therapy Aculife ini, kerana, kami sangat faham perasaan Ibu Bapa yang mengalami situasi yang sama seperti kami.


No comments:

Post a Comment