Sunday 17 December 2017

Kesan Buruk Teknologi Yang Membangun...

Perhatikan sekeliling kita, khususnya dalam hal perubatan, tidakkan kita kagum betapa canggihnya teknologi dunia perubatan hari ini?


(Gambar Hiasan : Dewan Bedah Tercanggih Di Malaysia)

Namun, di sisi lain yang perlu diperhatikan adalah, adakah kita perasan, semakin canggih teknologi dunia perubatan, semakin canggih juga Penyakit yang timbul & muncul di dalam kehidupan masyarakat hari ini, perasan?

Macam-macam Virus & Penyakit yang pelik-pelik timbul hari ini,

Belum sempat dunia bingung & buntu memikirkan PUNCA kepada satu-satu penyakit, muncul pula penyakit baru & moden yang PUNCAnya tetap juga belum dapat dikenalpasti & masih di dalam kajian,

Allah sebut dalam Al-Quran : "Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)

Ya, jika kita baca secara kasarnya, rosaknya bumi & isinya, adalah, atas sebab tangan-tangan Manusia itu sendiri,

Jika kita kembali ke zaman Atuk Nenek kita, mana ada Penyakit yang pelbagai macam zaman kita hari ini,


Dulu Hospital bukan dipanggil Hospital, dulu dipanggil "Rumah Sakit", hanya orang sakit tinggal di dalam rumah tersebut, itupun tak sebanyak hari ini...

Dengan pembangunan di dalam kawasan Bandar yang semakin pesat, hutan-hutan disodok bersih, sungai semakin kotor, udara berkimia, radiasi tinggi, bagaimana mungkin masyarakat hari ini boleh hidup dalam keadaan sihat & sejahtera?


Dr.Ridhuan Hoe selalu sebut : "Hari ni, manusia hidup dalam situasi 'cari penyakit'..."

Kenapa beliau kata begitu?

Perhatikan sekeliling kita, Rokok, Pewangi Kereta, Pewangi Rumah, Microwave, Oven, Handphone, Komputer, Laptop, Pewangi Pakaian & banyak lagi di sekeliling kita yang asasnya mengandungi bahan kimia, samaada tahap bahaya atau tidak merbahaya,

Kesemuanya, akan memberi kesan buruk ke dalam kehidupan manusia,

Dalam bahasa lainnya, keadaan tersebut telah menyumbang kepada peningkatan Ion Positif,

Dulu, manusia mengesan jenis Penyakit hanya melalui NADI (Ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh Dr.Ridhuan Hoe sejak puluhan tahun yang lalu sehingga hari ini)

Namun, hari ini, tidak lagi, kerana kesemuanya menggunakan TEKNOLOGI MESIN yang dikatakan tercanggih, namun, tetap tidak boleh menghalang kenyataan bahawa, manusia hari ini diancam oleh PEMBANGUNAN TEKNOLOGI yang dicipta oleh manusia sendiri...

Tapi, kalau takda semua tu, susahlah manusia?

Iya, saya juga tak nafikan, cuma, perlu ada KESEIMBANGAN...

Sebab itulah, anjuran dalam Agama kita Islam itu sendiri adalah BERSEDERHANA, suri tauladannya adalah daripada Akhlak Baginda Rasulullah SAW yang sentiasa bersederhana di dalam segala hal...

Namun, hari ini kesemuanya mahu cepat, pantas, tergesa-gesa, berlebihan, maka, akibatnya, muncullah keadaan di mana manusia hari ini diancam nyawanya bukan oleh siapa-siapa, namun, diancam oleh diri sendiri...

Contoh, bila rasa malas gunakan kuali & api untuk panaskan makanan, maka, digunakan microwave @ oven,

Jadi, bagaimana mahu elak? Sedangkan kedua-duanya penting, MASA penting, KESIHATAN juga penting,

Menyedari keadaan tersebut, terciptalah Mesin Therapy Anion, ia, adalah "Alat Keseimbangan" untuk menjawab segala permasalahan di atas...In Shaa Allah...

Bahasa mudahnya, oleh sebab Ion Positif semakin meninggi, maka, Therapy Anion (Ion Negatif) diperlukan untuk menyeimbangkan kadar keperluan Ion Positif dengan Ion Negatif di dalam Sistem Badan Manusia...

(Mengikut kajian, kadarnya adalah 20 (Ion +Ve) : 80 (Ion -Ve))

Dengan sejarah lebih 80 tahun di dalam pasaran dunia, ia baru sahaja bermula untuk membuka pintu keajaiban kepada dunia...


Cerita Si Mia & Leukimia...

Bulan lepas, masa Dr.Ridhuan Hoe buat Majlis Doa Selamat untuk Centre Aculife yang dibuka semula di Seremban, saya hadir bersama kawan, tumpang kawan, tak boleh nak drive sendiri kereta sebab bawa Uwais tanpa Ibunya, memang takkan duduk diam dia dalam kereta...huhu

Masa datang tu, kebetulan jumpa pula dengan Si Mia, budak 9 tahun ni, selalu dengar cerita daripada Dr.Zah sahaja, Mia ni kira Cucu Saudara kepada Dr.Zah...


Bila kita tengok gambar Mia di atas ni, kita rasa, takda apa-apa pun yang pernah berlaku pada Mia, betul?

Namun, 1001 cerita di sebalik gambar ni, hanya Mia & Ibunya sahaja yang tahu...

Kenapa dengan Mia?

Hari ni jangan buat main, budak seawal 9 tahun macam Mia ni juga tak terlepas daripada Kanser, 

Ya, Mia mengalami Kanser Darah (Leukimia) stage 4!

Dan tahun lepas adalah tahun yang paling perit & berat untuk Si Ibu Mia, iaitu Pn.Rafidah...

Akibat daripada serangan Kanser Darah tersebut, Mia terpaksa melalui prosedur Chemotherapy seperti Pesakit Kanser yang lain, 


(Gambar kali pertama Mia kena Chemo @ PPUM on 23 SEPT 2016)

Bayangkan Anak seawal usia 9 tahun kena Chemo, hanya Mia & Ibunya sahaja yang maklum betapa mereka sedang melalui kehidupan yang sangat perit yang takkan mampu ditanggung oleh orang lain, melainkan mereka sahaja yang terpaksa menanggung sakit peritnya,




(Gambar semasa Mia sedang menjalani rawatan Chemotherapy)

Mia menjalani kehidupan kanak-kanaknya, sebagaimana kanak-kanak lain yang menghidapi Kanser,

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..."

Takkan ada sesiapa yang boleh kata, dia faham sakit yang ditanggung oleh Pesakit Kanser, melainkan mereka yang mengalaminya sendiri sahaja akan memahaminya,

Tak cukup dengan ujian yang dilalui oleh anaknya Mia, Ibunya Pn.Rafidah juga sendiri mengalami masalah Fibroid, 

Namun, hari ini, Mia & Ibunya, sentiasa kelihatan senyum & bersemangat selepas menjalani rawatan melalui Therapy Anion,

Pn.Rafidah tanpa henti sentiasa memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga selepas melihat keadaan diri & anaknya Mia hari ini...


Dr. di Hospital yang merawat Mia terkejut melihat keadaan Mia, sambil bertanya : "Mia pakai rambut palsu ke ni...?"

Jawap Mia : "Tak, ni rambut betul..."

Dr.Ridhuan Hoe pernah cakap pada saya : "You kalau duduk lama atas Therapy Anion, you pergi Chemo pun takpa, takkan ada apa-apa yang berlaku pada you, bila sistem badan you KUAT & SEL you sihat..."

Dan, baru-baru ini (10 Disember 2017), telah berlangsung Majlis Graduation untuk Mia...

Dipanggil program "Children's Chemo Graduation Ball" 


(Saya pun tak tahu tentang kewujudan program sebegini untuk Pesakit Kanser)

Hanya Mia yang tahu cerita di sebalik gambar di atas, kerana, kawan-kawan Mia yang sama-sama 'bertarung nyawa' menghadapi Kanser bersama-sama dengannya, telahpun dijemput Illahi...(Al-Fatihah)

Untuk Mia : "Pakcik Doakan Mia, sentiasa sihat, sentiasa bersemangat, jadilah anak yang baik, kenang jasa Ibu & Ayahmu yang pastinya bersengkang mata melayanimu, semoga Allah kurniakan kesejahteraan hidup di Dunia & Akhirat untuk Mia sekeluarga...Ameen, In Shaa ALLAH..."

P/s : Saya selalu ingat & pegang apa yang selalu disebut oleh Dr.Ridhuan Hoe, iaitu : "Kemunculan Penyakit Moden yang pelbagai pada hari ini, salah satu PUNCAnya adalah kerana SISTEM BADAN manusia, TIDAK MAMPU / TIADA TENAGA untuk merawat & melawan serangan Penyakit..."

Terima Kasih Dr.Ridhuan Hoe Bin Abdullah!

P/s : Mungkin cerita ini langsung tiada kena mengena dengan Anda, namun, ia sangat berguna & bermakna untuk mereka yang mungkin senasib dengan Si Mia & Ibunya, just SHARE!

Info lanjut tentang Therapy Anion Aculife, boleh lihat DI SINI


Thursday 14 December 2017

Kesan Sampingan Ubatan Hospital...

Saya tak mahu ulas secara langsung tentang tajuk di atas, sebab, saya percaya, dah banyak sangat maklumat yang Anda telah dapat mengenainya, search sahaja Google, 

Tapi, saya nak bawa Anda berfikir dengan cerita awal pertemuan saya dengan Dr.Ridhuan Hoe & di akhir nanti, Anda boleh buat kesimpulan sendiri :)

Masa mula-mula saya jumpa Dr.Ridhuan Hoe, saya seperti tak sangka yang umur beliau telah pun mencecah 83 tahun,

Sampai saya tertanya : "Itu rambut hitam tu Dr. pakai 'Dai' ke...?"

Beliau dengan senang hati jawab : "Ini rambut asal, memang akan lebat kalau kita duduk atas itu mesin Therapy Anion, sebab, you punya SEL akan sihat..."

Tambah lagi rasa kagum, bila kami sama-sama pergi makan tengahari...

Saya tengok Dr.Ridhuan punya makanan, fuhhh, tak ingat dunia!

Siap dengan Udang Besar, Ayam & lauk-lauk lain lagi (Kambing pun Dr. makan dengan selamba & penuh berselera tau)


(Gambar hiasan)

Isteri beliau, Dr.Zah cakap pada saya : "Badan kita bila sihat, tak perlu pantang makan apa-apa Feez, orang sakit je yang kena pantang makan..."

(Dalam hati saya kata : "Mmmm, betul jugak ya...")

Yang membuatkan saya terfikir lagi selepas berjumpa dengan Dr.Ridhuan Hoe & Dr.Zah ni adalah bila beliau tanya satu soalan cepumas...huhu...

Beliau tanya saya : "You kalau makan / amalkan Ubat Klinik, makin banyak ke makin sikit Ubat yang you makan tu?"

Saya jawab : "Mana ada makin sikit, makin banyak ada lah Dr..."

Dr.Zah tanya lagi : "Zaman dulu ke zaman sekarang yang banyak Hospital dibangunkan...?"

Saya jawab : "Zaman sekarang lah lagi banyak Hospital..."

Dr.Zah sambung : "Kalau banyak, tak terfikir ke kita yang Ubat ni fungsinya untuk merawat @ memang kita kena bergantung dengannya sampai bila-bila...? Hospital makin banyak sepatutnya makin ramai orang sihat kan? Dulu tak banyak Hospital, tapi, orang tua-tua kita dulu sihat & kuat..."

Waktu tu baru saya teringat, sebelum Arwah Ayah Mertua saya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu, saya pernah tanya satu soalan kepada beliau tentang Ubat, sebab, saya tengok Ayah punya Ubat memang kena simpan dalam Bag, dek kerana banyaknya Ubat yang terpaksa beliau amalkan, 

Saya tanya : "Ayah ingat tak, masa mula-mula Ayah jejakkan kaki ke Hospital dulu, Ayah kena sakit apa ya...?"

Arwah Ayah jawab : "20-30 tahun dulu dah, mula-mula tu sakit Gout sahaja, Dr. bagi Ubat, bila makan tu, memang sedaplah rasa badan, boleh lah buat kerja-kerja di tanah..."

Ya, Arwah Ayah Mertua saya memang kerja kuat, kerja Kebun, buat sawit, buat getah, tanam sayur & sebagainya, jadi, waktu tu, bila makan Ubat yang Hospital bagi, memang sukalah Arwah, sebab tak berapa lama lepas tu, sakit Goutnya pun kebah & reda...

Cuma, isunya, selepas beberapa tahun amalkan Ubat-ubatan macam biasa, makan pun makan macam biasa, akhirnya, satu persatu Penyakit lain pula yang keluar, dengan Kencing Manis, kemudian Darah Tinggi, kemudian Buah Pinggang rosak & banyak lagi...

Ya, memang ujian untuk Arwah Ayah Mertua waktu tu, beliau memang sakit yang tersangat...

Walaupun kaedah pihak perubatan Konvensional akan selalu kata, makan Ubat Hospital takda kesan sampingan, saya sendiri memang tak pegang apa yang mereka cakap...

Pada saya, bukan sahaja terdapat kesan sampingan, malahan, rasanya tak salah kalau saya sebut, Ubat-ubatan berkimia ini PUNCA kepada kemunculan pelbagai penyakit yang lain...

(Pain Creator)

Anda boleh nilaikan sendiri, saya memang pernah lalui sendiri bila melihat kepada keadaan Arwah Ayah Mertua saya & di depan saya juga, ada bukti lain, bilamana saya tengok susuk tubuh seperti Dr.Ridhuan Hoe yang walaupun telah berumur 83 tahun, namun, tetap sihat & bertenaga,

Beliau memang TINGGALKAN Ubat-ubatan berkimia, serta, hanya fokus kepada Perubatan Alternatif sahaja, walaupun beliau sendiri pernah berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di Hospital Besar Taiwan selama 40 tahun sebelum ini...

P/s : Pernah saya baca sebuah buku, ada seorang Dr.Perubatan Dunia kata : "Ubat ni kalau dicampak ke dalam laut, maka, akan beri banyak manfaat kepada Manusia, namun, isunya, ia akan memberi kesan buruk pula kepada hidupan laut..."


Selepas 2-3 Bulan Rawatan, Pesakit 'Bell Palsy' Ini Pulih & Sihat...

Hujung minggu lepas saya pergi jumpa Dr.Ridhuan Hoe di HQ Jln Klang Lama,

Kebetulan jumpa pula dengan Tn Hj Idris ni, beliau datang untuk convert Mesin Therapy Anion yang telah diguna olehnya sejak 10 tahun yang lalu, convert?


Ya, convert, dulu beliau guna yang jenis 'Single', ni beliau datang untuk convert / upgrade kepada 'Twin', at least boleh guna untuk duduk & tidur malam, baru syoookkk! ;)

(Anda yang dah pernah guna sejak dulu-dulu, boleh datang Ofis kalau nak convert ya, kos untuk convert tak semahal seperti Anda beli baru)

Sembang punya sembang, saya tengok Hj Idris ni sihat walafiat je, saja tanya : "Dulu Tn Hj guna Therapy Anion mesin ini sebab apa ya, maksudnya ada masalah apa...?"

Hj Idris jawab : "Dulu saya kena 'Bell Palsy', 10 tahun lepas la, masa mula-mula guna mesin Therapy Anion ni..."

"Owhhh yeke, sekarang macam mana Tn Hj, saya tengok ok je Tn Hj ni, sihat sahaja..." - Tanya saya

"Sekarang ok dah, tinggal sikit-sikit sahaja lagi..." - Hj Idris

"Alhamdulillah, Izin Allah, dulu masa mula-mula pakai tu, berapa lama nampak kesan baiknya..." - Saya tanya lagi

Hj Idris : "Waktu tu sekejap sahaja, dalam 2-3 bulan baik & pulih semula...Alhamdulillah..." 

Alhamdulillah, suka saya dengar cerita Hj Idris ni, beliau tinggal di Kajang, 

Beliau pun akui, sejak guna Therapy Anion mesin ni, memang sangat jarang beliau nak kena Demam & sebagainya, ajaib kan? ;)

Sebenarnya, takda ajaib pun, jika kita faham bagaimana & apakah fungsi Therapy Anion yang telah ditemui sejak 50-80 tahun yang lalu ni,

Dr.Ridhuan Hoe pun selalu kata : "Punca kepada segala penyakit moden hari ini adalah kerana, SISTEM BADAN manusia TIDAK MAMPU / TIADA TENAGA untuk merawat & melawan serangan Penyakit..."

Sejak mula-mula jumpa Dr.Ridhuan Hoe, saya sangat berpegang dengan kata-kata beliau tu, sebab saya sangat percaya, sistem badan manusia sangat mahir & cekap membantu merawat penyakit kita sendiri,

Bahkan, sebelum saya jumpa Dr.Ridhuan Hoe pun, saya telah maklum berkenaan hal tersebut,

Cuma, keyakinan saya makin bertambah selepas berjumpa dengan Dr.Ridhuan Hoe yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan konvensional & alternatif lebih daripada 60 tahun,

Sambung cerita Hj Idris tadi, Dr.Ridhuan Hoe cakap pada beliau : "Itu 'Bell Palsy' memang boleh jadi Stroke..."

Hj Idris sendiri terkejut, bila Dr.Ridhuan Hoe cakap begitu...huhu

Last sekali, sebelum balik, saya tanya Hj Idris : "Dulu mana Tn Hj tahu tentang Therapy Anion Aculife...?"

Beliau jawab : "Saya tengak Utusan Malaysia, ada Iklan waktu tu, saya terus datang, yelah, masih bertugas kena macam tu, risau juga saya..."

P/s : Mudah-mudahan niat kami untuk bantu orang awam yang buntu memikirkan solusi kepada masalah Penyakit mereka, sentiasa mendapat pertolongan Allah Taala, Ameen, In shaa Allah, ini baru cerita sikit, kalau tengok & dengar cerita Pesakit KANSER, lagi tak tahan rasa...

Info lanjut Terapi Aculife DI SINI

Thursday 7 December 2017

Hakikat Teknologi Perubatan Dunia - Membantu @ Membuntu?

Dapat kita perhatikan, semakin canggih teknologi perubatan, semakin canggih juga Penyakit yang melanda kehidupan masyarakat hari ini,

Saya kalau boleh taknak cerita tentang orang lain, saya suka kongsi tentang pengalaman sendiri,

Ketika saya berulang alik ke Hospital untuk isu anak saya Uwais 3-4 tahun yang lalu, saya juga hairan, bahkan terkadang buntu, bagaimana teknologi yang sebegitu canggih yang kita selalu dengar, tapi, PUNCA kepada situasi yang berlaku kepada Uwais masih belum terjawab,

Waktu tu, kami memang perlu tahu PUNCA, then, baru kita boleh buat keputusan untuk memilih kaedah yang sesuai untuk situasi Uwais,

Sehinggalah, suatu hari tu saya tonton Majalah 3, waktu tu mereka kongsikan sebuah cerita tentang seorang 'Anak Syurga' yang mirip situasinya seperti Uwais & dalam kisah tersebut, barulah saya tahu, kes pertama untuk isu Cerebral Palsy secara rasminya dapat dikesan pada tahun 2015...

(Dan Uwais lahir tahun 2013)

Saya cakap pada Isteri saya : "Patutlah Doktor tak boleh nak sahkan apa-apa tentang situasi yang berlaku pada Uwais sepanjang kita ulang alik ke Hospital dulu tu..."

Berbalik kepada tajuk di atas...

Apa yang kita faham tentang TEKNOLOGI?

Apa yang kita tak tahu tentang TEKNOLOGI?

Baik, pada saya, semuanya adalah tentang BISNES / PERNIAGAAN.

Ya, sedih untuk cakap, tapi, tak boleh juga untuk dinafikan...

Saya takkan lupa apa yang pernah Tun Mahathir kata : "If you want to be RICH, you must to create the PROBLEM & SOLVE it..." (Kalau tak faham, minta kawan-kawan Anda terjemahkan)

Selalu saya ambil contoh Komputer & Laptop...

(Fikir & kaitkan tentang apa yang Tun Mahathir cakap di atas)

Bagaimana sebuah Syarikat yang mencipta & mengeluarkan perisian "Anti Virus" boleh maju, kaya & terus kaya?

Saya tak tahu apa jawapan Anda, tapi, jawapan saya - "Mereka takkan maju & kaya tanpa cipta MASALAH (Virus), mereka cipta & mereka jugalah yang SOLVE..."

Ya, bila matlamatnya adalah BISNES, apa-apa pun boleh berlaku & masing-masing mempunyai KEPENTINGAN...

Jadi, bagaimana dengan TEKNOLOGI PERUBATAN?

Bagaimana pihak yang membuat Ubat-Ubatan ingin memastikan Syarikat mereka kukuh, kaya, maju & terus menguasai dunia perubatan, bahkan dunia sepenuhnya?

Anda boleh fikirkan sendiri apa jawapannya...


Mungkin inilah HIKMAH, setiap Umat Islam perlu tahu segala lapangan Ilmu, WAJIB 1 orang yang arif & tahu, ia dipanggil FARDHU KIFAYAH, jika tidak, pasti ada pihak yang akan SELEWENG Ilmu tersebut & mengambil kesempatan kepada mereka yang tidak tahu...

P/s : Nanti saya akan kongsikan, apakah PUNCA kepada situasi Uwais yang Cerebral Palsy, In shaa Allah.



Kaedah Rawatan Semulajadi Yang Diiktiraf Dunia...

Ketika tubuh badan manusia ditambah dengan Ion Positif, kulit akan terasa gatal, emosi akan terganggu & perubahan-perubahan lain yang tidak begitu baik,

Namun, sebaliknya akan berlaku bilamana tubuh ditambah dengan Anion (Ion -Ve), kerana, ia akan dapat meringankan rasa sakit badan, terutamanya sakit kepala, sengal bahu & pada masa yang sama dapat menghilangkan gejala Insomnia, Sembelit & kesan sihat yang lain,

Peralatan Therapy Anion merupakan alat kesihatan yang diiktiraf dunia yang harus digunakan.


Keberkesanan Anion telah pun terbukti beberapa abad yang lalu dalam membantu memulihkan pelbagai jenis Penyakit, terdapat banyak kajian & percubaan serta ujian klinikal yang telah membuktikan keberkesanan Peralatan Therapy Anion.

Orang yang sihat, nilai PH darahnya adalah 7.4, namun, disebabkan tekanan sehari-hari atau pemakanan sumber daging yang berlebihan, ia akan menyebabkan Ion Positif meningkat & darah akan lebih cenderung menjadi lebih berasid, 

Jika nilai PH melebihi batasan yang tertentu, ia akan menyebabkan tubuh cenderung diserang oleh pelbagai jenis penyakit. Selain itu, ia akan menyebabkan masalah Jantung, Diabetis, Tekanan Darah Tinggi, Neurasthenia, Infark Serebral, Anemia, Penyakit Alergi, Kelelahan, Gangguan Monopaus, Insomnia, Sakit Kepala, Nyeri Bahu, Sembelit, Remetik Otot, Penyakit Gastroirtestinal, Penyakit Hati, Gangguan Kulit & pelbagai jenis penyakit kronik yang lain.

Namun, ketika isi kandungan Anion telah meningkat & tahap nilai PHnya lebih cenderung ke tahap asas Alkali lemah, seseorang tidak akan mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kronik,

Dengan mempunyai kandungan Anion yang cukup untuk meneutralkan keasidan darah, ia akan mengubah keasidan & fungsi tubuh akhirnya akan kembali kepada fungsi normal, 

(Peralatan Therapy Anion dicipta sejak puluhan tahun yang lalu untuk mengatasi masalah kesihatan tersebut).

Oleh kerana itu, jelas bahawa Therapy Anion sememangnya mempunyai pengaruh yang siginifikan terhadap rawatan kepada semua / pelbagai jenis penyakit.

Peralatan Therapy Anion adalah selamat, tanpa kesan sampingan & baik untuk pencegahan pelbagai jenis penyakit dengan kesan rawatan yang terbaik,

Ini adalah kaedah rawatan yang perlu diketengahkan secara meluas & juga merupakan rawatan utama untuk kesemua jenis penyakit,

Therapy Anion dengan sejarah lebih 80 tahun, baru sahaja bermula untuk membuka pintu keajaiban kepada Dunia, 


Hal ini diyakini bahawa dengan kesan yang baik melalui Therapy Anion, ia akan dapat menerobos ilmu pengetahuan perubatan hari ini dengan memberikan therapy alternatif dengan persepsi yang sangat berbeza terhadap kesihatan manusia sejagat, In shaa Allah.

P/s : Jawapan kepada persoalan ASAS tentang faktor kemunculan pelbagai PENYAKIT MODEN hari ini, boleh baca DI SINI

Kajian & Penyelidikan Kepada Anion (Ion Negatif)...

Ahli Fikir Greek yang terkemuka, Hippocrates berkata - "Semakin Manusia Menjauhi Alam, Semakin Dekat Mereka Kepada Penyakit..."


Hakikatnya, melalui tenaga elektrik, suara, sinaran cahaya, udara (O2), sudah cukup untuk membantu kita untuk mengurang & mengawal Penyakit, kita juga harus mengamalkan diet yang betul serta senaman yang sesuai untuk menjaga tahap kesihatan kita ke tahap yang optimum, sejajar dengan Alam...

Oleh itu, Therapy Anion dianggap sebagai sebuah Therapy semulajadi yang efektif,

Bumi kita sendiri mempunyai jumlah Anion yang sangat banyak, namun, Bumi juga dikelilingi dengan Ion-Ion Positif. Oleh itu, terdapat medan magnetik antara Bumi dengan Ionosfera, maka semua Bio-Organisma dapat menyesuaikan diri dengan Alam Sekitar.

Manusia adalah sebahagian daripada Alam Sekitar yang sangat dipengaruhi oleh medan elektrik dalam Alam,

Di dalam masyarakat moden yang menjauhi Anion, ia secara tak langsung telah menyebabkan badan menghasilkan banyak Ion Positif yang merupakan punca kepada terjadinya pelbagai Penyakit.

Dr.Altmann dari German telah menjalankan siri ujikaji terhadap Manusia, beliau mendapati bahawa, bekerja di dalam bangunan konkrit dalam tempoh jangka masa yang lama boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan Manusia,

Ini menunjukkan, Manusia harus tinggal di dalam medan magnetik berjangkamasa sesuai dalam usaha untuk mengawal & mengelak serangan Penyakit,

Therapy Anion mempunyai sejarah yang lama, berdasarkan fenomena petir, Benjamin Franklin dari Amerika Syarikat telah mengaplikasikannya di dalam bidang perubatan dengan menggunakan hubungan antara elektrik berkuasa tinggi boleh laras untuk meningkatkan kandungan Anion dalam badan, sebagai langkah untuk menyesuaikan darah yang berasid di dalam badan.

Ini secara umumnya dapat meningkatkan fungsi Sistem Saraf Autonomi serta menguatkan Sistem Keimunan, ia telah menemui langkah untuk mencegah & mengubati penyakit yang pada masa itu, kaedah perubatan tersebut dikenali sebagai "Therapy Elektrik Franklin",

Kini, Ahli Fizik, Ahli Biologi & Ahli Perubatan telah membuat penelitian lebih lanjut & mereka menyedari bahawa Manusia sebenarnya adalah sebuah Penjana Kuasa yang utama & sel-sel dianggap sebagai generator elektrik yang sangat banyak, ia menghasilkan tenaga elektrik secara terus menerus yang merupakan kuasa biologi,


Namun, jika ditempatkan di dalam persekitaran tertutup, ia akan menyebabkan kuasa elektrik tidak boleh dilepaskan & berkumpul secara statik, akhirnya, ia boleh menghasilkan kesan yang membahayakan kepada tubuh badan manusia,


Wednesday 6 December 2017

Bagaimana EMOSI Menjadi Punca Penyakit...

Semasa membantu Dr.Ridhuan Hoe menjalankan aktiviti memperkenalkan Therapy Anion di Bandar Baru Bangi, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama En.Isa, beliau bekerja di LHDN, Bangi,

Pada mulanya, saya perhatikan, beliau mempunyai perawatakan yang agak pelik, cakapnya kurang jelas & teratur, selepas bersembang beberapa ketika, barulah saya tahu, bahawa beliau menghidap "Brain Tumor" (Ketumbuhan di dalam Otak),

Beliau telah pun menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di dalam Otaknya 3 tahun yang lalu, serta telah menjalani Chemotherapy jua,

Dr.Ridhuan Hoe mencadangkan beliau untuk menjalani rawatan Therapy Anion di tapak promosinya di Bangi (Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bangi), tujuannya untuk En.Isa rasakan sendiri perbezaan selepas menjalani rawatan tersebut,

Sepanjang rawatan pada hari pertama, beliau tanpa segan silu menyatakan bahawa : "Kesan daripada sakit yang saya alami ini, telah menyebabkan saya mengalami pelbagai Penyakit lain yang tiada kesudahannya & saya juga dah lama 'mati pucuk'..."

Keesokan harinya, seawal pagi beliau telah pun datang untuk menjalani rawatan pada hari ke-2, dengan penuh bersemangat beliau cakap : "Alhamdulillah, terkejut saya, pagi tadi bangun tidur, 'naik' semula barang saya..." (Beliau memang tak segan untuk kata camtu, mungkin sebab teruja)

Selepas beberapa hari saya perhatikan beliau, saya dapat agak, perasaan kurang malu beliau bukan disebabkan oleh perasaan teruja, namun, ia mungkin disebabkan oleh gangguan yang berlaku pada kawasan otaknya, yang menyebabkan beliau berperangai seperti kebudak-budakan...

(Ya, kita tak boleh nafikan bahawa segala pergerakan tubuh badan manusia kesemuanya berasal daripada apa yang telah diprogramkan oleh otak kita)

Tak mustahil, akibat daripada pembedahan yang telah dilalui oleh beliau 3 tahun yang lalu, telah menganggu sebahagian daripada program dalam sistem otaknya...

Terlalu panjang saya ceritakan tentang keadaan En.Isa, yang asalnya, saya mahu berkongsi tentang bagaimana EMOSI menjadi salah satu daripada 4 faktor utama punca kemunculan pelbagai penyakit hari ini, 



3 tahun yang lalu En.Isa mengatakan bahawa, selepas Dr. di Hospital mengesahkan beliau menghidap Kanser Otak, beliau seolah merasakan hidup beliau tiada lagi maknanya, 

Dr.Zah pernah cakap pada saya, mereka yang sakit seperti En.Isa ini, kebanyakannya, sukar untuk pulih bukanlah disebabkan oleh Penyakit tersebut, namun, kebiasaannya berpunca daripada kegagalan mereka mengawal EMOSI,

Bagaimana tidak?

Selepas disahkan menghidap Kanser @ Sakit Kronik sekian-sekian, proses yang akan berlaku kebiasaannya adalah :

Fasa 1 - Semangat hilang, akibatnya, 50% tahap kesihatan jatuh

Fasa 2 - Bila semangat hilang, makan jadi tak selera, 10% lagi jatuh

Fasa 3 - Keadaan sekeliling yang tak menyokong, 10% lagi jatuh

Fasa 4 - Dan seterusnya, jatuh & jatuh lagi tahap kesihatan mereka

Sehinggalah, akhirnya, mereka seolah menjadi "Mayat Hidup" yang tanpa mereka sedar, punca mereka jadi begitu adalah akibat daripada serangan EMOSI,


Ya, itulah yang terjadi pada En.Isa, Isteri beliau mengatakan, jika, di rumah, beliau langsung taknak bersosial, bila diajak untuk beriadah & melakukan aktiviti sihat bersama-sama, suaminya akan cakap : "Aku ni OKU, bukan macam orang lain yang sihat, mana boleh buat kerja berat-berat..."

Akibatnya, tiada langsung aktiviti senaman & sebagainya, yang akhirnya beliau telah membentuk dirinya melalui setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya...

Saya sendiri pernah cakap pada beliau : "Bang, dulu Dr. di Hospital pernah cakap pada Abang, bahawa Abang hanya ada masa 6 bulan lagi untuk hidup, tapi, itu 3 tahun dahulu Bang, Abang masih hidup lagi sekarang, 

Abang tak perlu ingat lagi apa yang pernah Dr. cakap pada Abang dahulu, tak penting apa yang orang cakap tentang Abang, yang lebih penting, kita sebagai Manusia, Allah minta kita ikhtiar, soal hidup & mati di tanganNYA..." 

(Beliau memang kelihatan terharu & kembali bersemangat ketika saya cakap begitu)

Long story short, hari ini, selepas hampir sebulan menjalani rawatan Therapy Anion di rumahnya, Isteri beliau mengatakan, Suami beliau telah menunjukkan perubahan yang amat positif, Alhamdulillah...

Dalam sebuah Hadis Qudsi, Allah sebut : "Aku berada pada SANGKAAN HambaKU..."



Rahsia & "Kuasa" Air Terjun...

Masa mula-mula berkenalan dengan Dr.Ridhuan Hoe, saya seronok mendengar kisah bagaimana beliau berjaya mengatasi isu Kanser Hidungnya,

Tak kurang hebat juga ujian & cabaran Isterinya Dr.Zah yang menghidap Kanser Payudara,

Dalam hati saya waktu tu, ada rasa 50-50 untuk percaya, sebab, selama saya hidup, rasanya satu-satu rawatan yang saya dengar yang boleh merawat masalah Kanser adalah Chemotherapy,

Tapi, dalam masa yang sama, saya juga tahu & pernah dengar, bahawa, daripada  97% mereka yang menjalani rawatan Chemotherapy berpotensi untuk MATI!

(Yes, sekali lagi, MATI itu tetap tak boleh lari dengan TAKDIR AJAL Allah)

Cuma, selepas beberapa kali pertemuan dengan Dr.Ridhuan Hoe, saya perasan, yang Dr.Ridhuan Hoe sangat berharap supaya mereka yang diserang Sel Kanser supaya menjalani rawatan Therapy Anion di Centrenya...

Sedikit demi sedikit, saya mula mencari info & maklumat tentang Anion yang dikatakan oleh Dr.Ridhuan Hoe & Dr.Zah (Isterinya), telah mengembalikan kehidupan mereka selepas diserang Sel Kanser serta telah membantu ribuan Pesakit mereka sejak 20 tahun yang lalu...

Lebih menarik perhatian saya semasa mencari maklumat tentangnya adalah bilamana Therapy Anion (Ion -Ve) diinspirasi daripada AIR TERJUN & saya memang teramat-amat suka berada di kawasan Sungai & Air Terjun :)


Waktu tu Dr.Zah ada mengatakan : "Jumlah Anion paling tinggi di dunia berada di Niagra Falls, iaitu Air Terjun yang direkodkan sebagai 7 keajaiban dunia..." (Boleh youtube untuk tengok)

Air Terjun yang jatuh memecah ke permukaan batu, didapati telah mewujudkan Anion...

50 tahun yang lalu Prof.Takada serta Prof. daripada German telah membuat kajian tentang "Rahsia & Kuasa Air Terjun" yang telah membantu hidupan yang sakit untuk pulih semula,

Selepas, beberapa siri kajian dibuat, maka, didapati unsur-unsur yang telah membantu memulihkan hidupan di kawasan Air Terjun dikenali sebagai Anion (Ion -Ve),

Maka, mereka telah meneruskan kajian mereka, dengan berfikir, bagaimana untuk mewujudkan Anion di dalam kehidupan seharian manusia,

Kerana, Anion yang dikatakan mempunyai 'Kuasa' untuk memulih & merawat Penyakit hanya berada di kawasan Air Terjun, 

Dalam situasi kehidupan yang pesat membangun hari ini, manusia semakin jauh & jarang untuk berada di kawasan Air Terjun,

Kajian demi kajian telah dilakukan oleh mereka ketika itu, serta, beberapa siri ujian klinikal telah dijalani oleh "Anion Ciptaan" mereka, maka, setelah itu & sehingga kini, terciptalah sebuah Alat Therapy Anion yang telah dikeluarkan oleh Aculife German sejak puluhan tahun yang lalu,

Alat itulah yang telah digunakan oleh Dr.Ridhuan Hoe, Dr.Zah, anak kami Uwais (Cerebral Palsy) serta ribuan Pesakit Dr.Ridhuan Hoe sejak 20 tahun yang lalu...

Alhamdulillah, dan terima kasih untuk manusia bernama Dr.Ridhuan Hoe yang telah banyak membantu anak kami Uwais...


Persekitaran Kotor : 4 Faktor UTAMA Penyakit Moden Hari Ini...

Tak boleh nak elak, hari ini, manusia hidup di dalam persekitaran yang 'berpenyakit', kehidupan yang stress / tertekan,



Ketika Uwais berusia lingkungan 2 tahun, saya & isteri berusaha mencari ubat & penawar untuk isu kesihatannya (Cerebral Palsy), kami percaya, "Setiap Penyakit Mesti Ada Ubatnya", saya sangat berpegang kepada kenyataan tersebut yang ianya adalah Sabdaan Baginda Rasulullah SAW sendiri,

Sehinggalah, pada suatu hari ada seorang Sahabat saya, mencadangkan supaya saya masuk ke dalam Group Kesihatan yang diasaskan oleh seorang Prof.Dr, tujuannya adalah untuk saya bertanya di dalam Group tersebut berkenaan punca sebenar situasi yang berlaku kepada anak saya Uwais,

Namun, pada ketika itu, Admin Group tersebut juga tidak dapat merungkai punca kepada situasi yang berlaku kepada Uwais,

Namun, saya dapat Ilmu yang sangat berguna & Ilmu tersebut saya pegang & amal hingga sekarang,

Admin berkongsi tentang 4 faktor UTAMA masalah kesihatan yang berlaku hari ini, iaitu :

1. Pemakanan

2. Persekitaran

3. Emosi

4. Gangguan Makhluk Halus

Sejak daripada itu, saya tercari-cari apakah PUNCA sebenar isu yang berlaku kepada Uwais, kerana, seingat kami, sepanjang dalam kandungan Uwais disahkan normal, takda apa-apa isu, cuma, saiz nya sahaja yang sedikit kecil,

(Ya, takdir Allah tiada siapa pun boleh nafikan, namun, kami hanya ingin tahu berkenaan PUNCA nya sahaja)

Selepas sekian lama mencari jawapan, kami hampir pasti PUNCA kepada situasi Cerebral Palsy Uwais, mungkin adalah kerana faktor PERSEKITARAN,

Ya, Ibu Uwais adalah seorang Jururawat di sebuah Hospital Awam, kemungkinan bekerja di dalam persekitaran wad telah memberi kesan kepada Uwais semasa di dalam kandungan dahulu,

Pernah saya terbaca sebuah artikel yang menyatakan,

"Kawasan Hospital Adalah Kawasan Yang TIDAK SELAMAT"

Zaman dahulu, Hospital dikenali dengan nama "Rumah Sakit",

Hari ini, walaupun namanya telah ditukar, namun, ciri-ciri & suasana rumah sakit tetap tidak boleh ditinggalkan, 

Rumah sakit hanya untuk orang sakit, jangan hairan, sekiranya orang yang tak sakit berpotensi untuk sakit juga sekiranya berada di dalam persekitaran yang sakit,

Habis, nak buat camna? Takkan orang sakit nak jaga diri mereka sendiri tanpa ada Pegawai Perubatan?

Iyalah, betullah tu, memang kena ada Doktor, Jururawat dan sebagainya, namun, peluang untuk sakit juga, kita tak boleh nafikan, (Solusinya tetap ada, akan datang saya kongsikan lagi)

Long story short, selepas hampir 3-4 tahun berikhtiar untuk mencari solusi kepada situasi Uwais, hanyalah Terapi yang berkenaan OKSIGEN yang boleh membantu Uwais ketika ini,

Alhamdulillah, selepas 3-4 bulan menjalani Terapi Anion Aculife, Uwais semakin cergas & seolah menunjukkan beliau ingin keluar daripada kemelut isu Cerebral Palsy nya ketika ini...Ameen, In Shaa Allah, Allahu Akbar! (Abi & Ibu tunggu sejak 4 tahun yang lalu saat ini sebenarnya)


Monday 4 December 2017

Cerita Doktor Perubatan Diserang Kanser Hidung...

Sekarang ni saya selalu share tentang Therapy Anion, produk Aculife, German...



Cuma, kat Malaysia ni Sole Distributor nya adalah Aculife (M) Sdn Bhd yang diasaskan oleh Dr.Ridhuan Hoe yang mempunyai pengalaman sebagai Doktor Perubatan selama 40 tahun di Hospital Besar Taiwan,

Cuma, tahun 1992, beliau disahkan menghidap Kanser Hidung, selepas Chemo, tahun 1998 Kanser beliau datang serang lagi sekali, waktu tu beliau dinasihatkan oleh rakan Doktornya untuk Chemo lagi sekali, namun, pada waktu tersebut, beliau buat keputusan untuk TIDAK meneruskan Chemo...

(Hanya orang yang pernah kena Chemo sahaja tahu betapa sakitnya prosedur tersebut)

Beliau buat keputusan untuk menggunakan kaedah lain untuk merawat Kanser Hidungnya,

Tak lama selepas itu, beliau berjumpa dengan rakannya yang juga seorang Doktor mengatakan Kanser yang beliau hidapi boleh pulih dengan syarat beliau menggunakan Mesin ini (Sambil menunjukkan Therapy Anion kepada Dr.Ridhuan Hoe),

Dr.Ridhuan Hoe nak pinjam, tapi rakannya tak bagi pinjam, kata beliau pada Dr.Ridhuan Hoe : "Saya tak boleh bagi you pinjam, ini mesin you kena duduk lama, baru boleh baik, kalau pinjam, you nanti takda komitmen, kalau betul you mahu pulih, you pergi German dan cari ini mesin..."

Dr.Ridhuan Hoe dengan daya tenaga yang sangat lemah, ditemani Pembantunya, pergi ke German untuk mencari mesin tersebut, beliau beli 3 set terus, kerana bimbang mesin tersebut rosak di tengah jalan, at least ada 2 set spare untuk digunakan...

Alhamdulillah, kurang 6 bulan beliau menggunakan Therapy Anion, sehingga kini beliau telah pun pulih daripada Kanser Hidungnya & cerita di atas berlaku kepada Dr.Ridhuan Hoe 20 tahun yang lalu, kini, beliau menikmati hidup yang sihat walafiat pada usianya 83 tahun, Alhamdulillah,

In shaa Allah, saya akan ceritakan lagi tentang beliau pada entri yang akan datang...


Siapakah Dr.Ridhuan Hoe Bin Abdullah?

Siapakah Pengasas Aculife Malaysia & Kenapa Beliau Giat Membantu Pesakit Kronik Sejak 20 Tahun Yang Lalu?

Nama : Dr.Ridhuan Hoe Bin Abdullah

Asal / Lahir : Kuala Selangor, Selangor (Menetap di Taiwan sejak zaman remaja)

Umur : 83 tahun

Pengalaman : Dr.Perubatan di Hospital Besar Taiwan, berkhidmat selama 40 tahun di sana

Bidang sekarang : Teknologi Perubatan Cina Akupunture + Terapi Anion (Aculife M Sdn Bhd)

Isteri : Dr (H).Zahariah (Dr.Homeopathy)

---------
Pengenalan 
---------

20 tahun yang lalu, Dr.Ridhuan Hoe disahkan menghidap Kanser Hidung stage 4, manakala lewat 10 tahun selepasnya, Isterinya diserang Kanser Payudara,

Walaupun telah melalui prosedur Chemotherapy pada tahun 1992, namun, Sel Kanser beliau menyerang buat kali ke-2 pada tahun 1998, namun, pada waktu tersebut, beliau berusaha untuk menggunakan kaedah alternatif selain Chemotherapy,

Setelah mencari & mencuba pelbagai alternatif untuk isu Kansernya yang semakin hari semakin merebak,

Akhirnya, melalui gabungan kaedah teknologi perubatan Cina + German (Akupunture + Terapi Anion), mereka berdua dapat menikmati kehidupan yang sihat & bahagia sehingga ke hari ini, Izin Allah,

Sejak 20 tahun yang lalu sehingga hari ini, Dr.Ridhuan Hoe & Isteri, giat membantu & mendidik orang awam yang menghadapi isu kesihatan yang sama seperti mereka pada waktu dahulu melalui kaedah teknologi akupunture & terapi, 

Walaupun usianya telah pun mencecah 83 tahun pada hari ini, namun, ia bukanlah penghalang untuknya terus berkongsi kebaikan rawatan terapi yang telah 'menyelamatkan' nyawa beliau 20 tahun yang lalu,

Terlalu banyak Ilmu yang perlu dicungkil & dipelajari daripada Dr.Ridhuan Hoe oleh generasi muda kini, namun, beliau juga tidak pasti adakah Ilmu tersebut masih ada sekiranya beliau telah tiada,

Friday 1 December 2017

Kisah Si 'Anak Syurga' Akan Mula Dikongsi...

Assalamualaikum...

Sempena hari yang penuh dengan Rahmat & Barakah, iaitu Hari Kelahiran Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, saya memulakan coretan & perkongsian saya tentang Aculife, bercerita bukan sebab menjual, namun, lebih daripada itu adalah, bercerita sebagai Pengguna...

Banyak beza tu tau...hehe

Waktu sekarang pukul 5.13 pm, kalau nak tahu, 1 jam yang lepas, saya duk fikir, nak namakan blog ini sebagai apa, bukan senang nak cari nama yang sesuai ni tau, harap-harap korang bacalah cerita dalam blog ni nanti ya...

Sebenarnya, hari ini, saya rasa sangat gembira, tak lain tak bukan, gembira daku sebab hari kelahiran, Kekasih yang satu, Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad SAW!

Moga-moga, dengan keberkatan hari ini, diharapkan Blog ini akan memberikan limpahan manfaat kepada Pembacanya...

Asalnya nak cerita tentang Uwais sahaja dalam ini, In Shaa Allah, memang blog ini, saya buat untuk bercerita banyak tentang Uwais, si "Anak Syurgaku"...

Nanti saya akan mulakan, doakan supaya saya tak 'menghilang' lama, supaya tak bersawang blog ni, memang biasa buat sebelum ni...hahaha...

Daaa...Assalamualaikum!