Thursday 14 December 2017

Kesan Sampingan Ubatan Hospital...

Saya tak mahu ulas secara langsung tentang tajuk di atas, sebab, saya percaya, dah banyak sangat maklumat yang Anda telah dapat mengenainya, search sahaja Google, 

Tapi, saya nak bawa Anda berfikir dengan cerita awal pertemuan saya dengan Dr.Ridhuan Hoe & di akhir nanti, Anda boleh buat kesimpulan sendiri :)

Masa mula-mula saya jumpa Dr.Ridhuan Hoe, saya seperti tak sangka yang umur beliau telah pun mencecah 83 tahun,

Sampai saya tertanya : "Itu rambut hitam tu Dr. pakai 'Dai' ke...?"

Beliau dengan senang hati jawab : "Ini rambut asal, memang akan lebat kalau kita duduk atas itu mesin Therapy Anion, sebab, you punya SEL akan sihat..."

Tambah lagi rasa kagum, bila kami sama-sama pergi makan tengahari...

Saya tengok Dr.Ridhuan punya makanan, fuhhh, tak ingat dunia!

Siap dengan Udang Besar, Ayam & lauk-lauk lain lagi (Kambing pun Dr. makan dengan selamba & penuh berselera tau)


(Gambar hiasan)

Isteri beliau, Dr.Zah cakap pada saya : "Badan kita bila sihat, tak perlu pantang makan apa-apa Feez, orang sakit je yang kena pantang makan..."

(Dalam hati saya kata : "Mmmm, betul jugak ya...")

Yang membuatkan saya terfikir lagi selepas berjumpa dengan Dr.Ridhuan Hoe & Dr.Zah ni adalah bila beliau tanya satu soalan cepumas...huhu...

Beliau tanya saya : "You kalau makan / amalkan Ubat Klinik, makin banyak ke makin sikit Ubat yang you makan tu?"

Saya jawab : "Mana ada makin sikit, makin banyak ada lah Dr..."

Dr.Zah tanya lagi : "Zaman dulu ke zaman sekarang yang banyak Hospital dibangunkan...?"

Saya jawab : "Zaman sekarang lah lagi banyak Hospital..."

Dr.Zah sambung : "Kalau banyak, tak terfikir ke kita yang Ubat ni fungsinya untuk merawat @ memang kita kena bergantung dengannya sampai bila-bila...? Hospital makin banyak sepatutnya makin ramai orang sihat kan? Dulu tak banyak Hospital, tapi, orang tua-tua kita dulu sihat & kuat..."

Waktu tu baru saya teringat, sebelum Arwah Ayah Mertua saya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu, saya pernah tanya satu soalan kepada beliau tentang Ubat, sebab, saya tengok Ayah punya Ubat memang kena simpan dalam Bag, dek kerana banyaknya Ubat yang terpaksa beliau amalkan, 

Saya tanya : "Ayah ingat tak, masa mula-mula Ayah jejakkan kaki ke Hospital dulu, Ayah kena sakit apa ya...?"

Arwah Ayah jawab : "20-30 tahun dulu dah, mula-mula tu sakit Gout sahaja, Dr. bagi Ubat, bila makan tu, memang sedaplah rasa badan, boleh lah buat kerja-kerja di tanah..."

Ya, Arwah Ayah Mertua saya memang kerja kuat, kerja Kebun, buat sawit, buat getah, tanam sayur & sebagainya, jadi, waktu tu, bila makan Ubat yang Hospital bagi, memang sukalah Arwah, sebab tak berapa lama lepas tu, sakit Goutnya pun kebah & reda...

Cuma, isunya, selepas beberapa tahun amalkan Ubat-ubatan macam biasa, makan pun makan macam biasa, akhirnya, satu persatu Penyakit lain pula yang keluar, dengan Kencing Manis, kemudian Darah Tinggi, kemudian Buah Pinggang rosak & banyak lagi...

Ya, memang ujian untuk Arwah Ayah Mertua waktu tu, beliau memang sakit yang tersangat...

Walaupun kaedah pihak perubatan Konvensional akan selalu kata, makan Ubat Hospital takda kesan sampingan, saya sendiri memang tak pegang apa yang mereka cakap...

Pada saya, bukan sahaja terdapat kesan sampingan, malahan, rasanya tak salah kalau saya sebut, Ubat-ubatan berkimia ini PUNCA kepada kemunculan pelbagai penyakit yang lain...

(Pain Creator)

Anda boleh nilaikan sendiri, saya memang pernah lalui sendiri bila melihat kepada keadaan Arwah Ayah Mertua saya & di depan saya juga, ada bukti lain, bilamana saya tengok susuk tubuh seperti Dr.Ridhuan Hoe yang walaupun telah berumur 83 tahun, namun, tetap sihat & bertenaga,

Beliau memang TINGGALKAN Ubat-ubatan berkimia, serta, hanya fokus kepada Perubatan Alternatif sahaja, walaupun beliau sendiri pernah berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di Hospital Besar Taiwan selama 40 tahun sebelum ini...

P/s : Pernah saya baca sebuah buku, ada seorang Dr.Perubatan Dunia kata : "Ubat ni kalau dicampak ke dalam laut, maka, akan beri banyak manfaat kepada Manusia, namun, isunya, ia akan memberi kesan buruk pula kepada hidupan laut..."


No comments:

Post a Comment