Sunday 17 December 2017

Cerita Si Mia & Leukimia...

Bulan lepas, masa Dr.Ridhuan Hoe buat Majlis Doa Selamat untuk Centre Aculife yang dibuka semula di Seremban, saya hadir bersama kawan, tumpang kawan, tak boleh nak drive sendiri kereta sebab bawa Uwais tanpa Ibunya, memang takkan duduk diam dia dalam kereta...huhu

Masa datang tu, kebetulan jumpa pula dengan Si Mia, budak 9 tahun ni, selalu dengar cerita daripada Dr.Zah sahaja, Mia ni kira Cucu Saudara kepada Dr.Zah...


Bila kita tengok gambar Mia di atas ni, kita rasa, takda apa-apa pun yang pernah berlaku pada Mia, betul?

Namun, 1001 cerita di sebalik gambar ni, hanya Mia & Ibunya sahaja yang tahu...

Kenapa dengan Mia?

Hari ni jangan buat main, budak seawal 9 tahun macam Mia ni juga tak terlepas daripada Kanser, 

Ya, Mia mengalami Kanser Darah (Leukimia) stage 4!

Dan tahun lepas adalah tahun yang paling perit & berat untuk Si Ibu Mia, iaitu Pn.Rafidah...

Akibat daripada serangan Kanser Darah tersebut, Mia terpaksa melalui prosedur Chemotherapy seperti Pesakit Kanser yang lain, 


(Gambar kali pertama Mia kena Chemo @ PPUM on 23 SEPT 2016)

Bayangkan Anak seawal usia 9 tahun kena Chemo, hanya Mia & Ibunya sahaja yang maklum betapa mereka sedang melalui kehidupan yang sangat perit yang takkan mampu ditanggung oleh orang lain, melainkan mereka sahaja yang terpaksa menanggung sakit peritnya,




(Gambar semasa Mia sedang menjalani rawatan Chemotherapy)

Mia menjalani kehidupan kanak-kanaknya, sebagaimana kanak-kanak lain yang menghidapi Kanser,

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..."

Takkan ada sesiapa yang boleh kata, dia faham sakit yang ditanggung oleh Pesakit Kanser, melainkan mereka yang mengalaminya sendiri sahaja akan memahaminya,

Tak cukup dengan ujian yang dilalui oleh anaknya Mia, Ibunya Pn.Rafidah juga sendiri mengalami masalah Fibroid, 

Namun, hari ini, Mia & Ibunya, sentiasa kelihatan senyum & bersemangat selepas menjalani rawatan melalui Therapy Anion,

Pn.Rafidah tanpa henti sentiasa memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga selepas melihat keadaan diri & anaknya Mia hari ini...


Dr. di Hospital yang merawat Mia terkejut melihat keadaan Mia, sambil bertanya : "Mia pakai rambut palsu ke ni...?"

Jawap Mia : "Tak, ni rambut betul..."

Dr.Ridhuan Hoe pernah cakap pada saya : "You kalau duduk lama atas Therapy Anion, you pergi Chemo pun takpa, takkan ada apa-apa yang berlaku pada you, bila sistem badan you KUAT & SEL you sihat..."

Dan, baru-baru ini (10 Disember 2017), telah berlangsung Majlis Graduation untuk Mia...

Dipanggil program "Children's Chemo Graduation Ball" 


(Saya pun tak tahu tentang kewujudan program sebegini untuk Pesakit Kanser)

Hanya Mia yang tahu cerita di sebalik gambar di atas, kerana, kawan-kawan Mia yang sama-sama 'bertarung nyawa' menghadapi Kanser bersama-sama dengannya, telahpun dijemput Illahi...(Al-Fatihah)

Untuk Mia : "Pakcik Doakan Mia, sentiasa sihat, sentiasa bersemangat, jadilah anak yang baik, kenang jasa Ibu & Ayahmu yang pastinya bersengkang mata melayanimu, semoga Allah kurniakan kesejahteraan hidup di Dunia & Akhirat untuk Mia sekeluarga...Ameen, In Shaa ALLAH..."

P/s : Saya selalu ingat & pegang apa yang selalu disebut oleh Dr.Ridhuan Hoe, iaitu : "Kemunculan Penyakit Moden yang pelbagai pada hari ini, salah satu PUNCAnya adalah kerana SISTEM BADAN manusia, TIDAK MAMPU / TIADA TENAGA untuk merawat & melawan serangan Penyakit..."

Terima Kasih Dr.Ridhuan Hoe Bin Abdullah!

P/s : Mungkin cerita ini langsung tiada kena mengena dengan Anda, namun, ia sangat berguna & bermakna untuk mereka yang mungkin senasib dengan Si Mia & Ibunya, just SHARE!

Info lanjut tentang Therapy Anion Aculife, boleh lihat DI SINI


No comments:

Post a Comment