Wednesday 6 December 2017

Rahsia & "Kuasa" Air Terjun...

Masa mula-mula berkenalan dengan Dr.Ridhuan Hoe, saya seronok mendengar kisah bagaimana beliau berjaya mengatasi isu Kanser Hidungnya,

Tak kurang hebat juga ujian & cabaran Isterinya Dr.Zah yang menghidap Kanser Payudara,

Dalam hati saya waktu tu, ada rasa 50-50 untuk percaya, sebab, selama saya hidup, rasanya satu-satu rawatan yang saya dengar yang boleh merawat masalah Kanser adalah Chemotherapy,

Tapi, dalam masa yang sama, saya juga tahu & pernah dengar, bahawa, daripada  97% mereka yang menjalani rawatan Chemotherapy berpotensi untuk MATI!

(Yes, sekali lagi, MATI itu tetap tak boleh lari dengan TAKDIR AJAL Allah)

Cuma, selepas beberapa kali pertemuan dengan Dr.Ridhuan Hoe, saya perasan, yang Dr.Ridhuan Hoe sangat berharap supaya mereka yang diserang Sel Kanser supaya menjalani rawatan Therapy Anion di Centrenya...

Sedikit demi sedikit, saya mula mencari info & maklumat tentang Anion yang dikatakan oleh Dr.Ridhuan Hoe & Dr.Zah (Isterinya), telah mengembalikan kehidupan mereka selepas diserang Sel Kanser serta telah membantu ribuan Pesakit mereka sejak 20 tahun yang lalu...

Lebih menarik perhatian saya semasa mencari maklumat tentangnya adalah bilamana Therapy Anion (Ion -Ve) diinspirasi daripada AIR TERJUN & saya memang teramat-amat suka berada di kawasan Sungai & Air Terjun :)


Waktu tu Dr.Zah ada mengatakan : "Jumlah Anion paling tinggi di dunia berada di Niagra Falls, iaitu Air Terjun yang direkodkan sebagai 7 keajaiban dunia..." (Boleh youtube untuk tengok)

Air Terjun yang jatuh memecah ke permukaan batu, didapati telah mewujudkan Anion...

50 tahun yang lalu Prof.Takada serta Prof. daripada German telah membuat kajian tentang "Rahsia & Kuasa Air Terjun" yang telah membantu hidupan yang sakit untuk pulih semula,

Selepas, beberapa siri kajian dibuat, maka, didapati unsur-unsur yang telah membantu memulihkan hidupan di kawasan Air Terjun dikenali sebagai Anion (Ion -Ve),

Maka, mereka telah meneruskan kajian mereka, dengan berfikir, bagaimana untuk mewujudkan Anion di dalam kehidupan seharian manusia,

Kerana, Anion yang dikatakan mempunyai 'Kuasa' untuk memulih & merawat Penyakit hanya berada di kawasan Air Terjun, 

Dalam situasi kehidupan yang pesat membangun hari ini, manusia semakin jauh & jarang untuk berada di kawasan Air Terjun,

Kajian demi kajian telah dilakukan oleh mereka ketika itu, serta, beberapa siri ujian klinikal telah dijalani oleh "Anion Ciptaan" mereka, maka, setelah itu & sehingga kini, terciptalah sebuah Alat Therapy Anion yang telah dikeluarkan oleh Aculife German sejak puluhan tahun yang lalu,

Alat itulah yang telah digunakan oleh Dr.Ridhuan Hoe, Dr.Zah, anak kami Uwais (Cerebral Palsy) serta ribuan Pesakit Dr.Ridhuan Hoe sejak 20 tahun yang lalu...

Alhamdulillah, dan terima kasih untuk manusia bernama Dr.Ridhuan Hoe yang telah banyak membantu anak kami Uwais...


No comments:

Post a Comment