Wednesday 6 December 2017

Bagaimana EMOSI Menjadi Punca Penyakit...

Semasa membantu Dr.Ridhuan Hoe menjalankan aktiviti memperkenalkan Therapy Anion di Bandar Baru Bangi, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama En.Isa, beliau bekerja di LHDN, Bangi,

Pada mulanya, saya perhatikan, beliau mempunyai perawatakan yang agak pelik, cakapnya kurang jelas & teratur, selepas bersembang beberapa ketika, barulah saya tahu, bahawa beliau menghidap "Brain Tumor" (Ketumbuhan di dalam Otak),

Beliau telah pun menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di dalam Otaknya 3 tahun yang lalu, serta telah menjalani Chemotherapy jua,

Dr.Ridhuan Hoe mencadangkan beliau untuk menjalani rawatan Therapy Anion di tapak promosinya di Bangi (Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bangi), tujuannya untuk En.Isa rasakan sendiri perbezaan selepas menjalani rawatan tersebut,

Sepanjang rawatan pada hari pertama, beliau tanpa segan silu menyatakan bahawa : "Kesan daripada sakit yang saya alami ini, telah menyebabkan saya mengalami pelbagai Penyakit lain yang tiada kesudahannya & saya juga dah lama 'mati pucuk'..."

Keesokan harinya, seawal pagi beliau telah pun datang untuk menjalani rawatan pada hari ke-2, dengan penuh bersemangat beliau cakap : "Alhamdulillah, terkejut saya, pagi tadi bangun tidur, 'naik' semula barang saya..." (Beliau memang tak segan untuk kata camtu, mungkin sebab teruja)

Selepas beberapa hari saya perhatikan beliau, saya dapat agak, perasaan kurang malu beliau bukan disebabkan oleh perasaan teruja, namun, ia mungkin disebabkan oleh gangguan yang berlaku pada kawasan otaknya, yang menyebabkan beliau berperangai seperti kebudak-budakan...

(Ya, kita tak boleh nafikan bahawa segala pergerakan tubuh badan manusia kesemuanya berasal daripada apa yang telah diprogramkan oleh otak kita)

Tak mustahil, akibat daripada pembedahan yang telah dilalui oleh beliau 3 tahun yang lalu, telah menganggu sebahagian daripada program dalam sistem otaknya...

Terlalu panjang saya ceritakan tentang keadaan En.Isa, yang asalnya, saya mahu berkongsi tentang bagaimana EMOSI menjadi salah satu daripada 4 faktor utama punca kemunculan pelbagai penyakit hari ini, 



3 tahun yang lalu En.Isa mengatakan bahawa, selepas Dr. di Hospital mengesahkan beliau menghidap Kanser Otak, beliau seolah merasakan hidup beliau tiada lagi maknanya, 

Dr.Zah pernah cakap pada saya, mereka yang sakit seperti En.Isa ini, kebanyakannya, sukar untuk pulih bukanlah disebabkan oleh Penyakit tersebut, namun, kebiasaannya berpunca daripada kegagalan mereka mengawal EMOSI,

Bagaimana tidak?

Selepas disahkan menghidap Kanser @ Sakit Kronik sekian-sekian, proses yang akan berlaku kebiasaannya adalah :

Fasa 1 - Semangat hilang, akibatnya, 50% tahap kesihatan jatuh

Fasa 2 - Bila semangat hilang, makan jadi tak selera, 10% lagi jatuh

Fasa 3 - Keadaan sekeliling yang tak menyokong, 10% lagi jatuh

Fasa 4 - Dan seterusnya, jatuh & jatuh lagi tahap kesihatan mereka

Sehinggalah, akhirnya, mereka seolah menjadi "Mayat Hidup" yang tanpa mereka sedar, punca mereka jadi begitu adalah akibat daripada serangan EMOSI,


Ya, itulah yang terjadi pada En.Isa, Isteri beliau mengatakan, jika, di rumah, beliau langsung taknak bersosial, bila diajak untuk beriadah & melakukan aktiviti sihat bersama-sama, suaminya akan cakap : "Aku ni OKU, bukan macam orang lain yang sihat, mana boleh buat kerja berat-berat..."

Akibatnya, tiada langsung aktiviti senaman & sebagainya, yang akhirnya beliau telah membentuk dirinya melalui setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya...

Saya sendiri pernah cakap pada beliau : "Bang, dulu Dr. di Hospital pernah cakap pada Abang, bahawa Abang hanya ada masa 6 bulan lagi untuk hidup, tapi, itu 3 tahun dahulu Bang, Abang masih hidup lagi sekarang, 

Abang tak perlu ingat lagi apa yang pernah Dr. cakap pada Abang dahulu, tak penting apa yang orang cakap tentang Abang, yang lebih penting, kita sebagai Manusia, Allah minta kita ikhtiar, soal hidup & mati di tanganNYA..." 

(Beliau memang kelihatan terharu & kembali bersemangat ketika saya cakap begitu)

Long story short, hari ini, selepas hampir sebulan menjalani rawatan Therapy Anion di rumahnya, Isteri beliau mengatakan, Suami beliau telah menunjukkan perubahan yang amat positif, Alhamdulillah...

Dalam sebuah Hadis Qudsi, Allah sebut : "Aku berada pada SANGKAAN HambaKU..."



No comments:

Post a Comment