Thursday 7 December 2017

Kajian & Penyelidikan Kepada Anion (Ion Negatif)...

Ahli Fikir Greek yang terkemuka, Hippocrates berkata - "Semakin Manusia Menjauhi Alam, Semakin Dekat Mereka Kepada Penyakit..."


Hakikatnya, melalui tenaga elektrik, suara, sinaran cahaya, udara (O2), sudah cukup untuk membantu kita untuk mengurang & mengawal Penyakit, kita juga harus mengamalkan diet yang betul serta senaman yang sesuai untuk menjaga tahap kesihatan kita ke tahap yang optimum, sejajar dengan Alam...

Oleh itu, Therapy Anion dianggap sebagai sebuah Therapy semulajadi yang efektif,

Bumi kita sendiri mempunyai jumlah Anion yang sangat banyak, namun, Bumi juga dikelilingi dengan Ion-Ion Positif. Oleh itu, terdapat medan magnetik antara Bumi dengan Ionosfera, maka semua Bio-Organisma dapat menyesuaikan diri dengan Alam Sekitar.

Manusia adalah sebahagian daripada Alam Sekitar yang sangat dipengaruhi oleh medan elektrik dalam Alam,

Di dalam masyarakat moden yang menjauhi Anion, ia secara tak langsung telah menyebabkan badan menghasilkan banyak Ion Positif yang merupakan punca kepada terjadinya pelbagai Penyakit.

Dr.Altmann dari German telah menjalankan siri ujikaji terhadap Manusia, beliau mendapati bahawa, bekerja di dalam bangunan konkrit dalam tempoh jangka masa yang lama boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan Manusia,

Ini menunjukkan, Manusia harus tinggal di dalam medan magnetik berjangkamasa sesuai dalam usaha untuk mengawal & mengelak serangan Penyakit,

Therapy Anion mempunyai sejarah yang lama, berdasarkan fenomena petir, Benjamin Franklin dari Amerika Syarikat telah mengaplikasikannya di dalam bidang perubatan dengan menggunakan hubungan antara elektrik berkuasa tinggi boleh laras untuk meningkatkan kandungan Anion dalam badan, sebagai langkah untuk menyesuaikan darah yang berasid di dalam badan.

Ini secara umumnya dapat meningkatkan fungsi Sistem Saraf Autonomi serta menguatkan Sistem Keimunan, ia telah menemui langkah untuk mencegah & mengubati penyakit yang pada masa itu, kaedah perubatan tersebut dikenali sebagai "Therapy Elektrik Franklin",

Kini, Ahli Fizik, Ahli Biologi & Ahli Perubatan telah membuat penelitian lebih lanjut & mereka menyedari bahawa Manusia sebenarnya adalah sebuah Penjana Kuasa yang utama & sel-sel dianggap sebagai generator elektrik yang sangat banyak, ia menghasilkan tenaga elektrik secara terus menerus yang merupakan kuasa biologi,


Namun, jika ditempatkan di dalam persekitaran tertutup, ia akan menyebabkan kuasa elektrik tidak boleh dilepaskan & berkumpul secara statik, akhirnya, ia boleh menghasilkan kesan yang membahayakan kepada tubuh badan manusia,


No comments:

Post a Comment