Thursday 7 December 2017

Hakikat Teknologi Perubatan Dunia - Membantu @ Membuntu?

Dapat kita perhatikan, semakin canggih teknologi perubatan, semakin canggih juga Penyakit yang melanda kehidupan masyarakat hari ini,

Saya kalau boleh taknak cerita tentang orang lain, saya suka kongsi tentang pengalaman sendiri,

Ketika saya berulang alik ke Hospital untuk isu anak saya Uwais 3-4 tahun yang lalu, saya juga hairan, bahkan terkadang buntu, bagaimana teknologi yang sebegitu canggih yang kita selalu dengar, tapi, PUNCA kepada situasi yang berlaku kepada Uwais masih belum terjawab,

Waktu tu, kami memang perlu tahu PUNCA, then, baru kita boleh buat keputusan untuk memilih kaedah yang sesuai untuk situasi Uwais,

Sehinggalah, suatu hari tu saya tonton Majalah 3, waktu tu mereka kongsikan sebuah cerita tentang seorang 'Anak Syurga' yang mirip situasinya seperti Uwais & dalam kisah tersebut, barulah saya tahu, kes pertama untuk isu Cerebral Palsy secara rasminya dapat dikesan pada tahun 2015...

(Dan Uwais lahir tahun 2013)

Saya cakap pada Isteri saya : "Patutlah Doktor tak boleh nak sahkan apa-apa tentang situasi yang berlaku pada Uwais sepanjang kita ulang alik ke Hospital dulu tu..."

Berbalik kepada tajuk di atas...

Apa yang kita faham tentang TEKNOLOGI?

Apa yang kita tak tahu tentang TEKNOLOGI?

Baik, pada saya, semuanya adalah tentang BISNES / PERNIAGAAN.

Ya, sedih untuk cakap, tapi, tak boleh juga untuk dinafikan...

Saya takkan lupa apa yang pernah Tun Mahathir kata : "If you want to be RICH, you must to create the PROBLEM & SOLVE it..." (Kalau tak faham, minta kawan-kawan Anda terjemahkan)

Selalu saya ambil contoh Komputer & Laptop...

(Fikir & kaitkan tentang apa yang Tun Mahathir cakap di atas)

Bagaimana sebuah Syarikat yang mencipta & mengeluarkan perisian "Anti Virus" boleh maju, kaya & terus kaya?

Saya tak tahu apa jawapan Anda, tapi, jawapan saya - "Mereka takkan maju & kaya tanpa cipta MASALAH (Virus), mereka cipta & mereka jugalah yang SOLVE..."

Ya, bila matlamatnya adalah BISNES, apa-apa pun boleh berlaku & masing-masing mempunyai KEPENTINGAN...

Jadi, bagaimana dengan TEKNOLOGI PERUBATAN?

Bagaimana pihak yang membuat Ubat-Ubatan ingin memastikan Syarikat mereka kukuh, kaya, maju & terus menguasai dunia perubatan, bahkan dunia sepenuhnya?

Anda boleh fikirkan sendiri apa jawapannya...


Mungkin inilah HIKMAH, setiap Umat Islam perlu tahu segala lapangan Ilmu, WAJIB 1 orang yang arif & tahu, ia dipanggil FARDHU KIFAYAH, jika tidak, pasti ada pihak yang akan SELEWENG Ilmu tersebut & mengambil kesempatan kepada mereka yang tidak tahu...

P/s : Nanti saya akan kongsikan, apakah PUNCA kepada situasi Uwais yang Cerebral Palsy, In shaa Allah.



No comments:

Post a Comment