Friday 1 December 2017

Kisah Si 'Anak Syurga' Akan Mula Dikongsi...

Assalamualaikum...

Sempena hari yang penuh dengan Rahmat & Barakah, iaitu Hari Kelahiran Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, saya memulakan coretan & perkongsian saya tentang Aculife, bercerita bukan sebab menjual, namun, lebih daripada itu adalah, bercerita sebagai Pengguna...

Banyak beza tu tau...hehe

Waktu sekarang pukul 5.13 pm, kalau nak tahu, 1 jam yang lepas, saya duk fikir, nak namakan blog ini sebagai apa, bukan senang nak cari nama yang sesuai ni tau, harap-harap korang bacalah cerita dalam blog ni nanti ya...

Sebenarnya, hari ini, saya rasa sangat gembira, tak lain tak bukan, gembira daku sebab hari kelahiran, Kekasih yang satu, Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad SAW!

Moga-moga, dengan keberkatan hari ini, diharapkan Blog ini akan memberikan limpahan manfaat kepada Pembacanya...

Asalnya nak cerita tentang Uwais sahaja dalam ini, In Shaa Allah, memang blog ini, saya buat untuk bercerita banyak tentang Uwais, si "Anak Syurgaku"...

Nanti saya akan mulakan, doakan supaya saya tak 'menghilang' lama, supaya tak bersawang blog ni, memang biasa buat sebelum ni...hahaha...

Daaa...Assalamualaikum!



No comments:

Post a Comment