Tuesday 13 February 2018

Kesan Akibat Sering "Tahan Sakit" Supaya Dapat Kelegaan Segera...

Suatu perkara yang pernah berlaku kepada Arwah Ayah Mertua saya dahulu,

Iaitu, beberapa tahun sebelum Arwah meninggal, saya dapat lihat, yang Arwah terpaksa berhadapan dengan Penyakit yang pelbagai, ketika usianya 65 tahun,

Jantung, Buah Pinggang, Hati, Gout, Arthritis, Kencing Manis, Darah Tinggi, Kulit & lain-lain,

Ia bermula, apabila pada usia muda, Arwah menghidap masalah Gout, 

Isu Gout ni, umum tahu, ia berpunca daripada kandungan 'Uric Acid' yang tinggi di dalam darah & sistem badan,

Cuma, mungkin waktu tu, Arwah tiada pilihan lain, hanya pergi Hospital & dibekalkan dengan 'Ubat Tahan Sakit' supaya sakit yang dialaminya tu hilang atau rasa LEGA, dah lega, senanglah nak buat kerja, kalau tak lega, satu apa kerja pun tak jadi kan?

Akhirnya, semakin DITAHAN-TAHAN sakit tu, dengan hanya bergantung dengan Ubatan sebab nak guna banyak masa untuk bekerja, ia telah memakan diri sendiri, bilamana 'Penyakit Sebenar' telah muncul bak air bah banjir yang melimpah,

(Saya pernah tulis DI SINI berkenaan akibat, apabila kita selalu TAHAN SAKIT kita semata-mata untuk mendapatkan kelegaan segera)

Sampaikan sistem badan Arwah, tak mampu lagi untuk menerima apa-apa Ubat dek kerana Sistem Buah Pinggang telah pun rosak,

Nak ceritanya, itu dulu, mungkin orang tua-tua kita dahulu tak tahu apa-apa, kerana tak dapat apa-apa pendedahan,

Zaman telah berubah...

Hari ni, saya rasa, MAJORITI individu, samaada di dalam @ luar negara, tak boleh menafikan kesan & akibat daripada mengamalkan 'Ubat Tahan Sakit',


Tak salahkan sesiapa, itu semua PILIHAN SENDIRI, cuma, apa yang berlaku di hadapan kita, pasti ada sesuatu yang boleh kita jadikan tauladan & pedoman,

Ada banyak cara hari ini untuk mengatasi masalah kandungan 'Uric Acid' yang tinggi di dalam badan @ apa jua isu Penyakit pada hari,

Asalkan dalam HATI kita ada kepercayaan yang teguh bahawa 'Setiap Penyakit PASTI Ada Ubat Melainkan MATI'

Namun, sikap seperti :

1. Nak segera pulih
2. Malas jumpa Dr., malas berubat
3. Pentingkan diri sendiri 
4. Leka & lalai dengan kerja banyak
5. Kedekut masa & wang untuk rawat Penyakit
6. Ego & buat-buat pandai
7. Bodoh sombong 
8. Bertangguh-tangguh
9. Tak sabar & sebagainya

Pada saya, itulah punca kepada segala Penyakit, di mana ia banyak terkait dengan SIKAP seseorang individu bila berhadapan dengan sesuatu ujian & dugaan,

Allah dah tunjuk 'Signal Sakit', tapi, kita masih lagi buat 'Dont Know',

(Apa itu 'Signal Sakit'? Boleh baca DI SINI)

Ada seorang Pengguna Terapi Anion, berbangsa Cina yang bernama Mr.Lee, beliau dah guna Mesin Terapi Anion sejak 7 tahun yang lalu,

Baru-baru ini, beliau datang jumpa Dr.Ridhuan Hoe untuk upgrage Mesin Terapi beliau kepada 'Twin' (Boleh pakai 2 orang), kerana, 7 tahun yang lalu beliau hanya guna yang 'Single' sahaja,

Lepas upgrade, beliau kata nak beli satu lagi Mesin Terapi Anion, Dr. Ridhuan Hoe tegur : "You nak beli lagi buat apa? Dah upgrade 'Twin', boleh pakai 2 orang, buat apa mahu buang duit lagi...?"

Mr.Lee jawab : "You kata buang duit? Mari saya cerita sama You, dulu sebelum saya pakai ini Mesin, saya dah buat 3 kali operation, kos nya puluhan ribu, saya ada Kencing Manis, Darah Tinggi, Jantung, Kanser pun ada, sekarang, saya dah sihat, dah takda sakit, demam pun susah datang, Bisnes pun boleh untung banyak, ini macam kalau saya mahu hidup 100 tahun pun boleh maaa..."

(Itu gaya bahasa orang Cina macam Mr.Lee)

Pada kita sebagai Muslim, mati tu datang tak pilih tempat, tanpa pilih keadaan, umur & sebagainya, cuma, tubuh badan kita adalah AMANAH yang perlu dijaga & dipelihara sebaiknya, 

Takda orang yang nak sakit, sebolehnya kita nak sihat, namun, apa boleh buat? Kita tak boleh kawal keadaan luaran kita, yang kita boleh kawal hanyalah DIRI SENDIRI sahaja,

Dalam hal kesihatan, Dr.Ridhuan Hoe selalu sebut : "Punca kepada kewujudan segala jenis Penyakit hari ini, adalah kerana SISTEM BADAN manusia TIDAK MAMPU untuk merawat Penyakit sendiri & TIADA TENAGA untuk melawan serangan Penyakit..."

Jika kita tak percaya dengan kenyataan di atas, kita boleh perhatikan keadaan sekeliling kita, betapa banyak & pelbagainya kewujudan Penyakit hari ini, yang sehingga kini tidak ketahuan PUNCA SEBENAR isu Penyakit tersebut timbul,

P/s : Ibarat orang berniaga, ada yang kata susah berniaga sebab EKONOMI DUNIA teruk, apa boleh buat? Kita tak boleh kawal ekonomi dunia, yang kita boleh kawal EKONOMI SENDIRI sahaja, bijak cari duit & bijak menguruskan duit, itu sahaja yang kita mampu buat.

No comments:

Post a Comment