Tuesday 16 January 2018

Mengesan Penyakit Pada Peringkat Paling Awal...

Baru-baru ni Dr.Ridhuan Hoe ada tunjuk pada saya Iklan sebuah Surat Khabar Chinese...

(Tak sempat nak snap gambar)

Lagipun Bahasa Cina, saya pun tak faham...

Dr.Ridhuan Hoe kata : "Ini Dr. buat servis periksa NADI, ini Dr. dah popular di kalangan masyarakat Chinese..."

Saya jawab : "Ohhh yeke, berapa dia punya Caj Doc...?"

"Sini takda tulis, biasanya ribu-ribu lah cajnya..." - Dr.Ridhuan Hoe

Ramai orang sebangsa dengannya, sanggup bayar Dr. tu untuk melakukan pemeriksaan NADI bagi tujuan mengesan Penyakit,

Umum tahu, bangsa Cina ni, mereka kuat bekerja bagi menampung kehidupan mereka, pagi petang siang malam mereka sanggup bekerja,

Jadi, memang mereka sanggup keluar duit untuk ambil servis macam periksa NADI ni, sebab, pada mereka, kalau tak sanggup keluar duit sekarang untuk kesan Penyakit, apa akan jadi pada kehidupan mereka, kalau dah sakit? Siapa nak keluar bekerja cari wang? Siapa nak jaga Bisnes mereka? 

Apa guna claim Insurans, tapi, duit Insurans tu pun bukan mereka yang pakai? Camna nak enjoy?

(Mungkin itu semua persepsi mereka sebagai Bangsa yang kuat & rajin bekerja)

Untuk kita, sebagai orang Islam pun sama, tetap perlu jaga kesihatan,

Cuma, SIKAP yang biasa untuk Bangsa Melayu, adalah - "Sudah Terhantuk Baru Tergadah..."

Kalau tak, takkanlah orang tua-tua dulu cipta peribahasa macam tu kan?

Ibarat bila pakai Kereta, 

Saya tengok orang macam Dr.Ridhuan Hoe ni jenis KEDEKUT, oleh sebab kedekut, saya tengok dia jaga betul-betul Kereta dia, bila ada bunyi sikit-sikit, dia terus pergi hantar Bengkel untuk check,

Dr. pernah kata : "You tak pergi Bengkel sekarang, bila ada bunyi sikit-sikit macam ni, nanti, dah rosak betul-betul, lagi banyak wang you mahu pakai tau..."

(Dalam hati saya cakap : "Yelah, betul lah tu...")

Sama juga,

Sistem badan seseorang tetap akan sentiasa bagi 'Signal Sakit' & ia takkan TIPU,

Contohnya, baru ni ada seorang Sahabat saya yang minta tolong saya bawa beliau jumpa Dr.Ridhuan Hoe,

Beliau pelik, sebab, hampir 2 minggu kepala beliau pening macam rasa nak pitam, perut rasa mual tanpa henti, makan jadi tak selera & kawan sekeliling pun tegur badannya susut,

Awalnya beliau suspek dirinya terkena 'buatan orang', sebab, dah pergi buat Medical Check Up kepada 4 Klinik, siap ambil pakej check up yang Platinum lagi katanya (Ini pakej check up yang paling mahal),

Namun, semua OK, Darah, Jantung, Hati, Buah Pinggang & semuanya sihat serta berada dalam keadaan yang baik,

Tapi, yang peliknya, Kepala & Perut still sakit,

Saya kata pada beliau : "Mungkin betul ada gangguan (buatan orang), cuma, hang kena buat jugak check up dengan cara kaedah lain, isunya, mungkin Klinik tak dapat kesan, kaedah lain mungkin dapat kesan, cubalah jumpa Dr.Ridhuan Hoe, check hang punya NADI..."

Lepas jumpa Dr.Ridhuan Hoe, check NADI & buat sedikit rawatan, memang lega rasa sakit perut & kepala kawan saya tu & memang ada isu yang agak serius selepas Dr.Ridhuan Hoe check NADI beliau,

Alhamdulillah, dapat kesan di peringkat awal & terus buat rawatan, In Shaa Allah.

(Kita rasa mengantuk, keletihan, kejang kaki, kebas tangan & kaki serta banyak lagi, itu semua 'Signal Sakit', tak pergi check segera, jangan hairan andai kata terjatuh sakit, kita terpaksa keluar lebih banyak kos untuk rawatan)

Di Malaysia ni, saya hanya baru tahu tentang kaedah pemeriksaan NADI selepas berjumpa dengan Dr.Ridhuan Hoe & Dr. cakap : "Ribu-ribu tahun dah orang Cina guna kaedah ini untuk trace Penyakit, dulu mana ada apa-apa Mesin, ini NADI takkan boleh tipu punya, kalau ada isu, itu NADI akan bagitahu..."


Cuma, agak sedih sikit bila baru-baru ni Dr.Ridhuan Hoe ada sebut, Hospital Besar Taiwan dah tahu beliau dah pulih & sihat daripada Kansernya & Hospital mahu panggil semula Dr. untuk berkhidmat semula di sana sebagai Pakar NADI,

Kerana, Hospital Besar Taiwan telah kekurangan Pakar NADI yang mahir & arif dalam mengesan Penyakit secara tepat pada peringkat paling awal,

Sekarang ni, Hospital sana masih menunggu keputusan daripada Dr.Ridhuan Hoe,

Saya sendiri tak tahu nak kata apa, pada saya, orang macam Dr.Ridhuan Hoe ni memang perlu ada di mana-mana Hospital di seluruh Negara, namun, saya juga faham, atas 'kepentingan' pihak tertentu, orang macam Dr.Ridhuan Hoe juga tak perlu ada di mana-mana Hospital di seluruh Negara,

P/s : Saya kata pada Dr.Ridhuan Hoe, kalau rasa nak balik sana, tolong ajar saya dulu, beliau jawab : "Saya lebih mahu ke Indonesia...".


No comments:

Post a Comment