Wednesday 10 January 2018

Rawat Penyakit Dengan Cara Merawat PUNCA Penyakit...

Dunia perubatan konvensional hari ini, terus menemui jalan buntu untuk menyelesaikan segala isu penyakit yang melanda masyarakat kini,

Masih saya ingat, waktu Arwah Ayah Mertua saya masih hidup, saya pernah tanya satu soalan kepada Ayah : "Dulu masa mula-mula Ayah jejakkan kaki ke Hospital, Ayah sakit apa ya...?"

Ayah jawab : "20-30 tahun dulu lah, sakit Gout je, Dr. bagi UBAT, Ayah makan, tahanlah sakit, boleh lah buat kerja, yang peliknya tu, tak lama lepas tu, keluar Penyakit lain pulak..."

Saya tanya soalan begitu pada Ayah, sebab, saya tengok Ayah dilanda pelbagai Penyakit,

Gout, Kencing Manis, Darah Tinggi, Arthritis, Jantung, Buah Pinggang & sebagainya, 

Bahasa lainnya, 'Complete Set' lah sakitnya!

Sebelum Arwah Ayah meninggal, Ayah dimasukkan ke Hospital,

Suatu hari tu, Isteri saya yang juga seorang Jururawat, menemankan Ayah di wad,

(Kami cuti & balik Kampung)

Pagi tu, ada seorang Dr. praktikal melawat Ayah di katil & tanpa bertanya samaada Ayah telah sarapan @ tidak, Dr. terus nak bagi 10 biji Ubat untuk Ayah makan pagi tu,

Isteri saya saja tanya : "Ubat apa ya Doc ni...?"

Dr. jawab : "Ini Ubat untuk Kencing Manis Ayah Puan..."

Isteri kata : "Banyaknya Doc, Ayah saya mana boleh makan Ubat sebanyak ni, Buah Pinggangnya dah rosak..."

Dr. jawab : "Saya tahu tu, tapi, ini Ubat untuk Kencing Manis..."

Isteri : "Ya, tahu, tapi, macam mana nak makan Ubat sebanyak ni? Dr. kena faham Buah Pinggang Ayah saya dah rosak, tak boleh terima Ubat lagi..."

(Nak bantu rawat satu Penyakit, namun, beri kesan pula untuk Penyakit yang lain)

Dr. tersebut BUNTU & terus berlalu pergi daripada katil Ayah,

Kami tak salahkan Dr. tu, beliau hanya menjalankan tugasnya,

Cuma, yang saya cuba nak cerita adalah, apa jua masalah, akan terus menemui JALAN BUNTU sekiranya kita tidak kembali kepada usaha untuk fokus merawat kepada PUNCA masalah...

Dr. Ridhuan Hoe selalu sebut : "Punca kepada Penyakit yang melanda Manusia hari ini, adalah kerana SISTEM BADAN Manusia TIDAK MAMPU & TIADA TENAGA untuk merawat & melawan serangan Penyakit..."

Jadi, bila kita faham, itu PUNCAnya, kenapa kita tidak cuba untuk menyiapkan SISTEM BADAN kita untuk MAMPU & BERTENAGA merawat & melawan serangan Penyakit?

(Ini yang akan berlaku selepas melalui rawatan Therapy Anion)

Semudah itu sahaja?

Ya, saya juga asalnya tidak percaya, namun, bila kena pada anak saya sendiri si Uwais, saya mula faham, Sistem Badan kita sangat ARIF & PANDAI dalam merawat Penyakit kita sendiri, bahkan, sangat KEBAL dalam melawan serangan Penyakit, dengan Izin Allah!

Dan 20 tahun lalu, sebagai Dr. perubatan yang berkhidmat selama 40 tahun di Hospital Besar Taiwan, Dr.Ridhuan Hoe juga tak percaya, namun, selepas diserang Kanser Hidung, ia telah mengubah kepercayaan beliau, daripada menggunakan UBAT kepada 'menggunakan' SISTEM BADAN sendiri untuk merawat Sel Kansernya dahulu,


(Boleh baca tentang latar belakang Dr.Ridhuan Hoe DI SINI)

Pada saya, beliau lebih struggle untuk mengubah kepercayaan beliau, sebab?

Beliau dah belajar & amalkan cara perubatan konvensional selama 40 tahun di Hospital Besar Taiwan, namun, segalanya berubah sejak beliau diserang Kanser Hidung 20 tahun yang lalu...

P/s : Mungkin cerita Anda tak sama dengan cerita saya, namun, kesemua yang saya ceritakan di dalam entri ini, bahkan untuk seluruh entri di dalam blog ini, hanya semata-mata melalui PENGALAMAN SENDIRI, semoga bermanfaat, In Shaa Allah...


No comments:

Post a Comment