Monday 1 January 2018

Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman 'Ngeri', Bila Sel Jantung Disahkan Mati!

Ingat lagi, masa mula-mula jumpa & kenal Dr.Ridhuan Hoe, beliau cakap : "Ini Therapy Anion banyak Ajaib, orang hampir mahu mati pun, boleh pulih baik tau, kita ada orang Sakit Jantung, Hospital kata 1 minggu lagi boleh hidup, 3 tahun lepas, tapi, sampai sekarang hidup lagi, kita boleh pergi Bukit Beruntung sana jumpa sama dia..." 

Dr.Ridhuan Hoe memang cakap pelat-pelat Cina :)

Dalam hati saya kata, macam best jugak kalau dapat jumpa orang tu,

Nak jadi cerita, kita ada program penerangan tentang Anion dengan kerjasama Koperasi Masjid Al Hasanah, jadi, Dr.Ridhuan Hoe berhajat nak jemput bekas Pesakit Jantungnya ini untuk berkongsi pengalaman tentang sakit yang beliau pernah alami sebelum ini,

Kebetulan pagi tu, memang saya ke Seremban dengan Dr.Ridhuan Hoe & Dr.Zah, nak jumpa klien di Centre Aculife, Seremban,

Balik dari Seremban, terus call Tn.Shah, kata kami nak ke rumah beliau petang tu, In Shaa Allah...


Gambar di kediaman Tn.Shah, 60 tahun, di Bukit Beruntung

Tn.Shah ini berasal dari Perlis, beliau adalah Ex-Pegawai Kanan Badan Beruniform, beliau juga mempunyai Diploma Perubatan daripada London University & sekarang, terlibat dalam industri pembinaan & kejuteraan serta beberapa perniagaan lain,

Ceritanya, 3 tahun lepas, beliau disahkan menghidap Sakit Jantung & pada waktu tersebut Dr. di Hospital di Kuala Lumpur mengesahkan Sel Jantung beliau telah MATI, hanya tinggal 15% berfungsi, 85% disahkan Dr. telah mati...

Waktu tu, Dr. minta beliau pulang ke rumah (discharge) & mohon ahli keluarga baca Yasin, kerana dikatakan, hayat beliau hanya tinggal 1 minggu sahaja lagi! 

(Tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh pihak Hospital untuk beliau ketika itu)

Masa kami jemput beliau berkongsi dalam program taklimat kami baru-baru ini, beliau kata : "Waktu Dr. kata Jantung saya tinggal 15%, saya dah lemah semangat, waktu tu, kawan-kawan bagi Ubat apa pun saya makan, bimbang & kelam kabut punya pasal bila Dr. kata hidup tinggal seminggu...!"

Betullah orang kata, "Berpantang Ajal Sebelum Maut!"

Kerana, Alhamdulillah, Izin Allah, waktu beliau discharge daripada Hospital, ada orang rekemen beliau untuk cuba Therapy Anion, waktu tu di Centre Aculife di Selayang Capitol, 

Masa tu yang jaga Centre situ adalah anak Dr.Zah, Pn.Farah...

Selepas mendapat sedikit penerangan daripada Pn.Farah berkenaan Therapy Anion, tanpa berlengah Tn.Shah terus duduk therapy, waktu tu, setiap setengah jam beliau akan bangun & keluar daripada Centre, bila ditanya : "Kenapa Tn.Shah keluar...?"

Beliau jawab : "Badan saya rasa sejuk teramat sangat, saya keluar sat, nanti masuk balik..." (Mungkin kesan daripada masalah Jantung yang beliau sedang alami ketika itu)

Keesokan harinya, beliau datang lagi buat therapy sambil tanya : "Ini mesin apa ya? Semalam balik rumah, lena rasa tidur & badan saya tambah tenaga sikit..."

Tanpa buang masa, beliau ambil pakej 10 hari Therapy Anion & keajaiban berlaku masa hari ke-7, beliau terasa badan beliau tambah cergas & bertenaga, akhirnya, beliau buat keputusan untuk gunakan Mesin Therapy Anion secara sepenuh masa & berterusan di rumahnya di Bukit Beruntung...

Dr.Ridhuan Hoe pun selalu kata : "Jantung bila kuat & berfungsi dengan baik, badan kita akan terasa cergas bertenaga, bila Jantung lemah, maka, lemah lah juga keadaan badan kita..."

Dan sekarang, selepas 3 tahun, Tn.Shah hidup dalam keadaan sihat walafiat, Jantungnya kembali pulih, ketika ini, beliau sibuk menguruskan perniagaannya di Semenanjung & Sabah Sarawak,

Beliau juga agak sibuk menguruskan Dusun Buah-buahannya yang katanya seluas 120 ekar di sekitar Selangor,

Pengalaman yang beliau rasakan sangat 'ngeri' tu memberi pengajaran kepada beliau, betapa pentingnya untuk sentiasa menjaga & sentiasa memeriksa tahap kesihatan,

Di akhir program taklimat tersebut, beliau sempat berpesan dengan berkata : "Sijil pelajaran saya dalam perubatan, duit & harta yang saya ada, langsung tiada gunanya ketika saya sedang sakit..."

P/s : Usahakan untuk badan sentiasa sihat, cergas & bertenaga, barulah seronok nak buat apa-apa, apa kerja @ bisnes pun takda masalah, bila badan sentiasa sihat walafiat kan, In shaa Allah!

Info lanjut Terapi Aculife DI SINI

No comments:

Post a Comment