Monday 1 January 2018

Taklimat "Kepentingan Anion Di Dalam Kehidupan Manusia"

Minggu lepas @ tahun lepas (23 Dis 2017), Team Aculife Malaysia telah bekerjasama dengan Koperasi Masjid Al Hasanah, Bangi bagi mengadakan program Taklimat Kepentingan Anion kepada Ahli Koperasi,

Alhamdulillah, penyertaan sekitar 20 orang, asalnya kami target 50 orang, mungkin sebab cuti sekolah, ramai di kalangan kita pulang ke Kampung...

Apapun, kami bersyukur dapat berkongsi Ilmu tentang Kepentingan Anion dalam kehidupan hari ini,

Dengan berbekalkan lebih kurang 60-70 slide, kami jangka kesemua yang hadir semakin faham tentang "Kenapa Anion Diperlukan" di dalam kehidupan hari ini,

Saya sebagai Jurucakap Aculife serta Dr.Zah & Dr.Ridhuan bertanggungjawab pada hari tersebut untuk berkongsi Ilmu Pengetahun tentang Anion, Alhamdulillah,

Pada awalnya, bila saya bertanya kepada kesemua yang hadir tentang Anion & Aculife, semua orang tidak tahu berkenaan dengannya, namun, Aculife Malaysia telah bertapak di Malaysia sejak 15 tahun yang lalu, ia diasaskan oleh Dr.Ridhuan Hoe...

Pada hari tersebut, saya memulakan bicara dengan mengatakan bahawa : "Alam ini sedang 'berkomunikasi' dengan Manusia melalui penyakit-penyakit moden yang muncul tanpa kita tahu apakah PUNCA kemunculannya, ia ingin memberitahu kepada Manusia bahawa puncanya adalah daripada tangan-tangan Manusia itu sendiri..."

Asalnya, semua orang berkerut & tak faham, 

Namun, selepas hampir 4 jam kami menerangkan tentang KENAPA, APA, BAGAIMANA, SIAPA, DI MANA & SAMPAI BILA tentang Anion, akhirnya kesemua mereka faham tentang 'Ubat & Penawar' yang dikurniakan Illahi ini, yang fungsinya sangat efektif dalam merawat pelbagai jenis Penyakit yang melanda kehidupan masyarakat hari ini,

Kami bukan sahaja berkongsi tentang Anion, kerana, menariknya, kami juga memberikan beberapa pilihan kepada Peserta untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan ancaman dalaman & luaran pada hari ini,

Kami harap, para Peserta dapat memanfaatkan Ilmu yang telah dikongsikan serta terus berkunjung ke beberapa Pusat Rawatan Kesihatan Aculife untuk mendapatkan rawatan serta maklumat lanjut tentang rawatan Therapi Anion, In shaa Allah...


Gambar Team Aculife, Peserta semua dah balik :)

P/s : Kami sedia untuk berkongsi maklumat & pengetahuan tentang 'Kepentingan Anion', sekiranya Anda berminat & berhajat untuk mendengar perkongsian kami secara PERCUMA, boleh berhubung dengan pihak kami untuk jemputan taklimat. In Shaa Allah.


No comments:

Post a Comment