Thursday 22 March 2018

Jawapan Kepada 3 Persoalan Di Dalam Minda Pesakit Selepas 5 Hari Rawatan...

Pesakit yang datang ke Centre & buat rawatan Terapi Anion selama 5 hari kebiasaannya akan dapat keputusan yang positif, pasti, In Shaa Allah,

Namun, kebiasaannya tetap akan ada 3 persoalan di dalam minda Pesakit @ keluarga Pesakit, antaranya :

1. "Berapa lama lagi nak kena duduk dengan Terapi Anion ni?"

2. "Kenapa selepas habis buat rawatan Terapi Anion ni, selang beberapa hari, sakit tu datang semula?"

3. "Takkan nak kena bergantung sampai mati dengan Terapi Anion ni?"

Biarkan saya menjawab satu persatu persoalan yang berlegar-legar di dalam minda Anda tu,

Baik, jawapan untuk :

SOALAN PERTAMA

Sebenarnya, ada 2 jawapan, iaitu :

a) Jika soalan ini ditanya oleh Orang Zaman BATU @ 1,000 tahun yang lalu yang jauh dari pembangunan yang pesat, jawapan kami adalah - "Tak perlu pakai selalu, guna waktu perlu sahaja pun cukup..."

b) Tapi, jika soalan ini ditanya oleh Orang Zaman KINI @ mereka yang akan hidup pada zaman akan datang, yang sememangnya tidak boleh terpisah daripada suasana pembangunan yang pesat, jawapan kami adalah - "24 jam setiap hari kena guna...!"

Kata Ahli Fikir Greek yang terkemuka, Hippocrates : "Semakin manusia menjauhi Alam, semakin dekat mereka dengan Penyakit..."

2 entri yang saya pernah tulis sebelum ini, iaitu :

Kerosakan ALAM & Kemunculan Pelbagai Penyakit Moden Hari Ini

Semakin Manusia Menjauhi Alam, Semakin Dekat Mereka Dengan Penyakit

Pastinya dapat membantu Anda untuk lebih faham, apa yang saya cuba sampaikan bagi menjawab persoalan pertama ini, In shaa Allah.

SOALAN KEDUA

Kenapa sakit datang semula selepas STOP Terapi?

Tanya semula soalan tu kepada mana-mana Dr. perubatan, kenapa saya kena makan ubat selalu ya? Bila tak makan je, sakit tu datang semula, biasa tanya soalan camtu?

Ambil contoh Pesakit Diabetis, kenapa kena bergantung kepada Ubatan?

Baik, punca kepada Penyakit Kencing Manis adalah disebabkan oleh organ 'Pankreas' telah rosak @ tidak dapat berfungsi dengan baik,


Terdapat 2 peranan utama organ 'Pankreas' yang menjalankan fungsi :

a) Eksokrin - Kelenjar yang mengeluarkan cairan berupa Enzim (Kegunaannya untuk memecah makanan agar boleh dicerna & diserap oleh tubuh)

b) Endokrin - Bertugas untuk menghasilkan hormon Insulin (Mengubah Glukosa (Gula) menjadi sumber tenaga)

Organ Pankreas yang sihat akan mengeluarkan zat-zat yang tepat dalam jumlah & waktu yang juga tepat. Namun, Pankreas yang tidak sihat / rosak, tidak akan mampu mengeluarkan Enzim & Insulin secara optimal sehingga menyebabkan penyerapan makanan juga terganggu,

Itulah fungsinya Ubat @ Insulin untuk Pesakit Diabetis, iaitu MENGSTABIL & membantu fungsi Pankreas supaya dapat menjalankan fungsi kelenjar Eksokrin & Endokrin,

Jadi, bila Pesakit Diabetis STOP makan Ubat @ tanpa ada apa-apa rawatan sokongan, bagaimana organ Pankreas mampu menjalankan fungsinya?

Cuma, berbeza dengan rawatan Terapi Anion, ia bukan sekadar menyokong fungsi Pankreas dalam tempoh sementara waktu, namun, lebih daripada itu adalah, ia membantu merawat & memulihkan semula organ Pankreas supaya dapat berfungsi secara normal & sihat,

Oleh sebab itu, semasa rawatan Terapi Anion, bacaan gula untuk Pesakit Diabetis biasanya akan turun kerana, ketika itu, Anion bertindak membantu menyokong SEL yang membentuk organ Pankreas, namun, selagi mana organ Pankreas belum dapat dipulihkan sepenuhnya, selagi itu, pesakit Diabetis perlu terus duduk dalam tempoh yang lama,

Jika mengikut pengalaman Dr.Ridhuan Hoe yang juga seorang Pesakit Diabetis tahap kronik suatu masa dahulu, beliau hanya betul-betul pulih daripada isu Diabetis selepas 1-2 tahun KONSISTEN menggunakan Terapi Anion & kini, beliau telah bebas dari isu Diabetisnya,

(Beliau boleh makan Gula, Durian, Kek & segala jenis makanan manis selepas pulih daripada penyakit Diabetisnya, In shaa Allah)

Juga terdapat ramai lagi Pengguna yang telah pulih daripada isu Diabetis mereka setelah KONSISTEN menggunakan Terapi Anion, Alhamdulillah, Izin Allah jua,

Selalu saya cakap pada orang : "Hari ni kalau kita minum 1 tong GULA PUTIH, adakah bangun pagi esok terus kena Kencing Manis?"

(Biasanya orang akan jawab TAK!)

Maksudnya, sakit tu tak datang terus 'on the spot', mesti ada signal untuk Penyakit tu jadi & datang,

Maksudnya lagi, nak dapat sakit tu pun perlu AMBIL MASA, nak dapat sihat? (Perlulah AMBIL MASA juga)

Oleh kerana, kita tak cuba faham REALITI tersebut, sebab tu lah kita kerap sangat kena TIPU dengan Penjual produk - "Pulih dalam tempoh 7 hari", "Kurus Dalam Tempoh 24 jam" & banyak lagi iklan produk di dalam pasaran yang telah lama buat 'Orang sakit' terpedaya selama ini.

Tak tahu nak salahkan siapa, salah Penjual @ salah Pembeli?

Penerangan di atas adalah untuk Pesakit Diabetis, bagi Penyakit lain, pastinya ia melibatkan ORGAN-ORGAN tertentu yang juga telah lemah fungsinya,

SOALAN KETIGA

Jawapannya lebih kurang sama dengan jawapan untuk soalan pertama,

Cuma, jika selama Anda hidup, Anda yakin boleh kawal 4 faktor UTAMA Penyakit yang saya selalu sebut & kongsikan, sebenarnya, Anda tak perlu pun gunakan ANION sampai bila-bila,

Apa dia faktor tu?

1. PEMAKANAN

Orang dulu-dulu, bila buat / cipta pelbagai jenis makanan, mereka takkan lupa untuk memasukkan sekali unsur-unsur penyumbang sihat di dalam makanan yang dicipta, contohnya seperti SATE, saya kira, kalaulah orang dulu-dulu tak padankan sekali Timun & Bawang tu dengan SATE, rasanya orang sekarang akan makan SATE sahaja tanpa timun & bawang, sebab?

Kita rasa tak penting & tak sedap pun kan? (Namun, pasti terdapat TUJUAN sihatnya di situ)

Berbeza dengan orang sekarang ni, buat / cipta pelbagai jenis makanan sampai kebanyakannya tak ingat langsung untuk memasukkan unsur-unsur sihat di dalamnya, contoh : BURGER CHEESE sekilo!


(Gambar hiasan : Roti pun guna pewarna hitam)

Pendek kata :

TUJUAN makanan orang dulu? - Sedap & Sihat!

TUJUAN makanan orang sekarang? - Asalkan Sedap, bedal sahaja!

Walau kita ni jenis tersangat-sangat lah mengambil berat tentang cara & pengambilan makanan, adakah seumur hidup kita, tak pernah makan di Restoran luar? Tak teringin nak makan benda sedap?

2. PERSEKITARAN

Tak perlu susah-susah untuk guna Terapi Anion, jika kita sentiasa berada di dalam persekitaran yang sihat, bersih & segar,

Contoh tak perlu pakai kereta untuk elak pencemaran udara, tapi, fikirkan, kalau kita tak pakai, orang lain tak pakai jugak ke kereta?

Tinggal sorang-sorang jauh di hujung hutan tanpa jiran, sebab, kalau duduk perumahan, mesti kawasan tu membangun, ada kedai, ada restoran, ada mall, ada kilang & sebagainya,

Tak perlu beli rumah, sebab, nanti kalau nak beli rumah, mesti Pemaju nak kena bangunkan tanah, mesti banyak pokok ditebang, tapi, fikirkan, kalau kita tak beli rumah, orang lain tak beli rumah juga?

3. EMOSI / KARAKTER

Anda tak perlu pun gunakan Anion sekiranya, Anda boleh kawal emosi & karakter Anda dengan baik, sebab?

Terdapat banyak kajian di seluruh Dunia mengatakan bahawa Emosi / Karakter buruk seseorang merupakan salah satu penyumbang kepada kewujudan pelbagai jenis Penyakit,

Maknanya, Anda sentiasa kena berada pada keadaan Emosi / Karakter yang baik untuk mengekalkan kesihatan,

Bila harga petrol naik, harga barang dapur naik, sayur naik, anak conteng kereta ke, pekerja curi duit, kena maki dengan pelanggan / jiran, rumah kena rompak ke, Anda mesti sentiasa kena tenang, senyum, gembira + mendoakan kebaikan kepada orang yang menganiaya Anda, (Sentiasa REDHA)

Sebab nanti, kalau tak boleh kawal @ lebih teruk lagi sentiasa tak boleh kawal perasaan + sentiasa berada dalam emosi / karakter yang buruk, ia boleh menyumbang kepada pelbagai jenis Penyakit,

Boleh buat? Jika boleh, Alhamdulillah, tak perlu pun guna Terapi Anion sampai bila-bila, sebab, Anda tak sakit & sentiasa sihat,

4. GANGGUAN JIN / MAKHLUK HALUS

Ada seorang Ustaz saya, seorang yang sangat baik, ramai orang suka pun pada dia, namun, sebaik itu pun terkena 'santau' / 'buatan orang',

Bila check dengan Perawat yang mahir, rupanya, 'santau' tu bukan nak dihantar kepada Ustaz saya, tapi, tersilap hantar, jadi, terkena kepada beliau,

Tapi, yang menanggungnya, siapa? Tetap Ustaz saya juga, walaupun beliau tak tahu menahu,

Satu lagi, kita buat baik macam mana sekali pun, tetap akan ada orang yang tak suka & tak gembira kepada kita, hatta, Junjungan Baginda Nabi Besar kita, Allah sebut sebagai Hamba yang 'sesempurna kejadian' pun tetap ada Umat yang benci & iri kepada nya,

Kita ni bagaimana?

Isunya, segala jenis Gangguan Jin / Makluk Halus ini, samaada kita sedar @ tidak sedar, tetap menjadi penyumbang kepada pelbagai jenis Penyakit pada hari ini.

Jangan tak tahu, Jin / Makhluk Halus kalau ganggu, di mana mereka akan tinggal?

Biasanya di saluran DARAH seseorang,

Jadi, untuk ketiga-ketiga persoalan yang sentiasa berlegar-legar di dalam minda Anda semua, Anda boleh nilaikan semula melalui sedikit penerangan saya di atas ini,

Kesimpulannya, kita mungkin boleh kawal DIRI SENDIRI, tapi, keadaan SEKELILING kita? Adakah kita mampu kawal?

Kongsikan untuk bacaan umum,

Mudah-mudahan bermanfaat, In Shaa Allah!

Info Terapi Anion di DI SINI

No comments:

Post a Comment