Monday 14 May 2018

Sakit Perut & Cirit Birit Akibat Keracunan Makanan...

Mungkin kadang bila saya cerita tentang fakta & kajian yang telah dilakukan ke atas ANION oleh Para Penyelidik Dunia sejak puluhan tahun lalu, ramai juga yang kurang faham bagaimana Anion ini berfungsi & bagaimana sebenarnya ia mampu membantu kehidupan Manusia sejagat?

Cerita mudahnya, beberapa bulan lepas Isteri saya ada pergi jamuan untuk menyambut Hari Jururawat di Putrajaya,

Walaupun hujan lebat, namun, majlis jamuan tu tetap berjalan sebagaimana yang telah mereka rancangkan di dalam sebuah taman di Putrajaya sini,

Dah kata jamuan, memang macam-macam lah makanan yang tersedia, memang sedaplah Isteri saya kata,

Selesai majlis jamuan tu, mereka semua bersurai pulang ke rumah masing-masing,

Nak jadi cerita, esok harinya bila masuk kerja, kecoh 1 ward!

Sebab, boleh kata semua rakan sekerja yang bertugas satu ward dengan Isteri mengalami cirit birit & sakit perut, mereka semua suspek ada berlaku keracunan makanan sewaktu hadir majlis jamuan sehari sebelum tu,

Nak buat macam mana kan? 

Seterusnya Dr. di ward mereka, suggest untuk ambil Antibiotik...

Yang buat semua rakan setugas Isteri saya hairan adalah, Isteri saya seorang sahaja yang tak kena cirit birit & sakit perut, normal macam biasa, Alhamdulillah!

Kawan-kawan Isteri kata : "Wah, kuatnya Antibodi awak tak kena apa-apa, padahal, sama banyak je makan semalam kan..." (Isteri saya sengih sahaja)

Yang dorang tak tahu & jarang Isteri saya kongsikan adalah, Isteri saya, bahkan kami sekeluarga dah hampir setahun duduk tidur atas Therapy Anion setiap hari, Alhamdulillah!

Itu yang saya selalu sebut, memang telah jadi kebiasaan untuk setiap orang, untuk mengekalkan kesihatan, mereka akan jaga makan, cukup tidur, bersenam & sebagainya, 

Itu semua kita boleh buat asalkan kita ada kemahuan, namun, bagaimana kita nak kawal keadaan sekeliling kita, contoh bilamana kita makan di luar? Pastinya tak sebersih & tak sebaik kita masak sendiri di rumah, kan?

Rumah kita bersih, kawasan rumah kita bersih, namun, bagaimana pula jika kita berada di dalam persekitaran yang tak bersih yang kita terpaksa berada di kawasan tersebut, contoh, tempat kerja, rumah kawan-kawan, saudara mara, luar negara & sebagainya?

Kerana itulah Therapy Anion bukan sahaja berfungsi untuk merawat PENYAKIT, namun, ia merawat SISTEM BADAN supaya sistem badan kita mampu merawat Penyakit & melawan serangan Penyakit, In Shaa Allah.


Maklumat lanjut tentang Therapy Anion Aculife DI SINI pasti akan membantu Anda untuk lebih faham tentang ANION yang dikatakan "Ajaib!", In Shaa Allah.


No comments:

Post a Comment